Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amelina jual 'Nasi Ayam Rindu', 'Nasi Minyak Asyik'

Jul 21, 2021 | 5:30 AM
AMELINA: Suka usaha sendiri meniaga nasi minyak dan nasi ayam demi mencari rezeki berbanding minta bantuan kewangan. - Foto INSTAGRAM AMELINA
AMELINA: Suka usaha sendiri meniaga nasi minyak dan nasi ayam demi mencari rezeki berbanding minta bantuan kewangan. - Foto INSTAGRAM AMELINA -

DARIPADA percubaan menjual 15 bekas juadah air tangan sendiri sehari, ratu dangdut, Amelina tidak menang tangan menyiapkan 50 tempahan makanan sejak perniagaan kecilnya mendapat perhatian ramai.

Menyediakan 'Nasi Ayam Rindu' setiap Selasa disusuli dengan 'Nasi Minyak Asyi' pada Khamis dan Jumaat, Amelina tidak menyangka usahanya mencari pendapatan tambahan sejak tiada pekerjaan akibat penularan pandemik Covid-19, mendapat sambutan.

Demi kelangsungan hidup, sejak akhir bulan lalu, Amelina yang nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin, yang pernah hidup susah, memberanikan diri berjualan.

"Dahulu sekadar memasak untuk makan sendiri dan anak-anak. Sekarang, saya memasak untuk pelanggan dan nikmatnya berbeza.

"Saya buka tempahan untuk 15 bekas dan optimis rezeki akan datang dengan diiringi usaha," katanya kepada akhbar Berita Harian Malaysia.

Amelina juga bersyukur peminat menyokong perniagaan kecilnya dan memberi kata-kata semangat.

"Peminat yang membuat tempahan dan merasa juadah memberitahu makanan saya enak. Mereka mula berkongsi dengan teman-teman media sosial. Malah, ada yang berulang kali membuat tempahan.

"Tidak ketinggalan, teman-teman artis juga membuat tempahan dan memberi sokongan," katanya.

Lebih mengharukan Amelina, ada peminat dari jauh seperti Johor dan Sarawak membuat tempahan untuk disedekahkan kepada golongan memerlukan.

"Ada juga yang membeli nasi ayam dan nasi minyak untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan," katanya yang lebih suka mencari rezeki sendiri pada waktu sukar daripada dihulurkan bantuan kewangan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg