Premium
AMENG kenang jerih payah bersama Spring
Oct 2, 2019 | 5:30 AM
BERKORBAN APA SAHAJA: Ameng ingati detik sukar berkorban masa membuat persembahan tidak berbayar bersama Spring, makan mi segera dan bersalin pakaian di masjid atau stesen minyak sebelum akhirnya mengecapi jaya sebagai antara band popular di Nusantara pada tahun 1990-an. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -
JIKA artis muda masa kini menikmati kemewahan menetap di hotel sewaktu konsert jelajah atau diberi bayaran lumayan, 'band boy' era 1990-an seperti Ameng tidak merasakan kelebihan tersebut di awal penubuhan kumpulan Spring.
Masih terpahat di ingatan betapa beliau dan teman-temannya berkorban masa dan tenaga membuat persembahan di luar kawasan bandar tanpa dibayar setahun dua ketika Spring mula merakam album sekitar 1990.

