Amyra Rosli tak sangka peminat Indo 'tersangkut' drama Nur
Premium
Amyra Rosli tak sangka peminat Indo 'tersangkut' drama Nur
Jul 27, 2021 | 5:30 AM
TERKEJUT DENGAN SAMBUTAN: Pelakon dari Malaysia, Amyra Rosli (gambar atas), terkejut dengan sambutan drama Nur di Indonesia. - Foto FACEBOOK AMYRA ROSLI -
PELAKON Amyra Rosli tidak menyangka beliau kini mempunyai peminat dalam kalangan penonton dari Indonesia - gara-gara lakonannya dalam drama bersiri Nur, yang kini dapat diikuti di Netflix dan stesen Indonesia MNCTV.
Menerusi siaran di InstaStory, Amyra berkata namanya dipaut dalam satu siaran poster Nur oleh penonton dari Indonesia berserta mesej daripada peminatnya di sana.

