Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amyra Rosli tumpu pada kerjaya selepas gugur anak ketiga

Dec 3, 2024 | 6:56 PM
Pelakon dan pengacara Malaysia, Amyra Rosli, reda dengan keguguran yang dialami dan yakin ada hikmah di sebalik segala ujian.
Pelakon dan pengacara Malaysia, Amyra Rosli, reda dengan keguguran yang dialami dan yakin ada hikmah di sebalik segala ujian. - Foto INSTAGRAM AMYRA ROSLI

Pelakon dan pengacara Malaysia, Amyra Rosli, yang sebenarnya kepingin menimang cahaya mata ketiga, terpaksa menerima dengan reda apabila mengalami keguguran.

Amyra, 33 tahun, memaklumkan perkara itu di Instagram pada 2 Disember sambil menjelaskan beliau tenang dan reda dengan apa yang berlaku dan menerima ketentuan takdir dengan hati terbuka.

Biarpun seketika, Amyra yang merupakan isteri pelakon, Amar Baharin, bersyukur kerana berpeluang merasai nikmat kehadiran anak syurganya itu.

“Awak singgah sekejap saja dalam perut ‘mommy’ (ibu) selepas itu awak pergi. Comellah awak ni. Tak ada rezeki,” tulis Amyra, yang ditukil laman Harian Metro.

Peristiwa sedih itu, bagaimanapun, tidak mematahkan semangat Amyra yang mahu kembali bangkit meneruskan kehidupannya seperti sediakala.

“Tak apa, kita fokus ‘shooting’ (penggambaran) dulu,” katanya.

Amyra menerusi tanda pagar statusnya memaklumkan dirinya dipercayai mengalami keguguran akibat kehamilan yang dipanggil ‘chemical pregnancy’.

Ini bermaksud keguguran berlaku sebelum minggu kelima kehamilan.

Sungguhpun begitu, kebanyakan wanita masih mampu hamil secara sihat selepas keguguran sebegini.

Amyra dan Amar bernikah pada 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Aqeef Anaqi, tujuh tahun, dan Ayra Aryssa, empat tahun.

Amar turut memberi kata-kata dorongan buat Amyra di Instagram.

“Allah sebaik-baik perancang untuk perjalanan hidup dan mati hamba-Nya.

“Percaya pada qadak qadar ketentuan Allah. Insya-Allah terjaga iman ‘mommy’.

“Saya sayang ‘mommy’. Teruskan kuat semangat,” tulisnya.

Ramai rakan artis yang memujuk Amyra juga.

Pelakon, Elizad Sharifuddin, yang berlakon di samping Amar dalam drama, Berbagi Suami, berkata:

“Saya pernah lalui rasa itu. Gembira teramat sangat. Rupanya sekejap dan ditarik balik nikmat itu. Moga yang baik-baik untuk Myra dan Amar.”

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat, pula menambah:

“Teruslah kuat ‘mommy’! Insya-Allah, ada rezeki lain.”

Beberapa netizen yang pernah mengalami kesedihan keguguran turut berkongsi pengalaman mereka dan berharap Amyra sentiasa cekal dengan dugaan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg