Topic followed successfully
Go to BHku‘Anak bapak’ kembali bersatu selepas 20 tahun
‘Anak bapak’ kembali bersatu selepas 20 tahun
‘Anak bapak’ kembali bersatu selepas 20 tahun
Ibarat bapa dengan anak yang sudah terpisah lama.
Begitulah penjelasan pengarah filem aksi, The Equalizer 3, Antoine Fuqua, 57 tahun, mengenai hubungan dua pelakon utamanya, Denzel Washington, 68 tahun dan Dakota Fanning, 29 tahun.
Washington dan Fanning mula bertemu di set filem Man On Fire ketika Fanning baru berusia 10 tahun.
Dua dekad selepas itu, hubungan mereka bertaut semula dalam filem ketiga dalam francais filem Fuqua dan penulis naskhah filem, Richard Wenk.
Walaupun Fanning kini sudah dewasa, Washington tetap bersikap seperti seorang bapa yang peka dengan kebajikan Fanning di set penggambaran dan selalu menasihatinya.
Fuqua memberitahu laman People:
“Dakota sangat suka bersaing untuk berikan yang terbaik. Sebagai pelakon cilik, dia bertuah dapat berlakon dengan Denzel Washington.
“Babak mereka memang bertenaga dan penuh emosi. Tapi memandangkan Dakota kini lebih dewasa, Denzel macam tak percaya inilah budak kecil yang pernah berlakon dengannya.
“Setiap kali saya berteriak ‘Cut!’ untuk hentikan penggambaran, saya lihat Denzel memandang ke arah Dakota sambil berkata, ‘Saya tak percaya dia dah jadi wanita sedewasa ini!’ Denzel macam hairan berbanding kami yang lain.”
Washington akur banyak yang telah berubah dalam diri Fanning sebab beliau kian matang dan tajam sebagai pelakon.

