Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anak baru lahir Abby Abadi bergantung pada mesin

Oct 7, 2019 | 2:11 PM
MOHON DOA RAMAI: Pelakon Malaysia Abby Abadi memohon doa orang ramai untuk anaknya yang baru lahir, yang dilaporkan kini bergantung pada mesin untuk bernafas. -Foto INSTAGRAM abby_abadi112.
MOHON DOA RAMAI: Pelakon Malaysia Abby Abadi memohon doa orang ramai untuk anaknya yang baru lahir, yang dilaporkan kini bergantung pada mesin untuk bernafas. -Foto INSTAGRAM abby_abadi112. -

"DOAKAN anak saya ya," kata pelakon Malaysia Abby Abadi mengenai keadaan anaknya, Muhammad Danial Firman Faizal yang kini berusia 11 hari.

Abby, 42 tahun, atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkata, anaknya yang dilahirkan pra matang itu kini 90 peratus bergantung pada mesin untuk bernafas, justeru membuat keadaan anaknya sangat kritikal dan memerlukan pemantauan 24 jam.

"Peluang untuk hidup 50-50 sebab Danial lahir dalam keadaan yang sangat tidak (sempurna) dengan berat hanya 535 gram, namun apapun, saya dan suami kuatkan hati, tak putus berdoa dan berusaha mengharapkan keajaiban daripada Allah," luah Abby dalam satu pos di Instagram, sambil memohon kepada orang ramai agar turut mendoakan kesihatan bayinya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan anak Abby menunjukkan perkembangan positif selepas dimaklumkan mengalami pendarahan dalam paru-paru.

Anak Abby hasil perkongsian hidup dengan Encik Faizal Zakaria itu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh selepas dilahirkan pada 27 September lalu.

Pasangan yang berkahwin pada 14 Ogos 2015 itu turut mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg