'Anak emak' hargai pengorbanan ibu dalam lagu di acara nyanyian ITE
Premium
'Anak emak' hargai pengorbanan ibu dalam lagu di acara nyanyian ITE
Nov 14, 2017 | 5:30 AM

ENGGAN SUSAHKAN HATI IBU: Encik Mohamed Azri Mohamed Yusof (belakang, kanan) menjalankan tiga tugas sekali gus demi meringankan beban kewangan ibunya yang menderita penyakit ginjal. Lagu 'A Song For Mama', yang dinyanyikan Sabtu ini merupakan penghargaannya dan rakan lain dalam boyband Among 4 terdiri daripada Encik Ashley Gerard Perry (depan, kiri), Encik Lutfil Hadi Abdul Latiff (depan, kanan) dan Encik Abdul Hanan Jumadi terhadap pengorbanan ibu mereka. - Foto BH oleh M.O. SALLEH -
Pentas nyanyian 'Vocal Xchange' bukan setakat ruang berdendang dan menampilkan bakat terpendam. Di sebalik setiap lagu yang didendangkan pelajar dan alumni Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Sabtu ini, wujud kisah menyayat hati serta melambangkan semangat juang beberapa belia ini. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
ADA yang mungkin beranggapan bahawa sebagai anak tunggal, Encik Mohamed Azri Mohamed Yusof menjalani kehidupan yang dimanjakan ibu bapanya dengan serba-serbi sudah tersedia buatnya.

