ANAK muda 20-an tahun dalam band tempatan OutCry mendambakan peluang bekerjasama dengan bakat lain khususnya yang lebih berpengalaman dan banyak mengharungi jerih payah bergelar anak seni.

Jika sebelum ini mereka sempat merakam lagu Raya, Samba Di Hari Raya, bersama vokalis band mapan Justice, Ismail Gani dan peserta D'Academy Asia 3, Rahila Rashun, peluang berpadu suara dengan pemenang Juara 1986 (Kategori Wanita) Asiyah Sinnan, pula terbentang baru-baru ini.