Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Anak Norman Hakim, Abby Abadi, akui kesalahan jadi orang ketiga

Sep 11, 2023 | 03:30 PM



Enggan terus mengunci mulut, anak pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim, tampil membuat penjelasan berhubung dakwaan menjadi peruntuh rumah tangga sepasang suami isteri.

Marissa, dalam kenyataan yang dimuat naik di Instastory mengaku salah dan mengesahkan kebenaran beberapa perkara yang ditularkan seorang wanita.

“Saya mengaku, saya salah. Apa yang ditularkan dan diperkatakan, ada yang benar dan ada juga yang tidak. Saya di sini bukan untuk mempertahankan diri, mengatakan saya tidak bersalah dalam beberapa hal.

“Adalah tidak adil untuk hanya mendengar sebelah pihak. Cerita yang dijaja bukan 100 peratus benar. Tetapi saya tidak perlu meyakinkan untuk memuaskan hati semua orang,” tulisnya dalam hantaran tersebut yang ditukil laman Utusan Online.


Marissa menjadi topik hangat dibualkan warganet selepas didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan suami orang dan mengakibatkan rumah tangga pasangan tersebut berakhir selepas tiga tahun.

Dalam penjelasan yang sama, remaja berusia 18 tahun itu juga menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pihak yang menularkan cerita sensasi tersebut.

“Antara saya dan pihak yang menularkan, saya sudah tiada kaitan dengan mereka. Cukuplah semua kenyataan yang dikeluarkan untuk memberitahu satu dunia bahawa saya bersalah. Bahawa saya punca beliau melanggar taklik dan perceraian berlaku.

“Dan antara saya dengan Aslam pula, mungkin banyak andaian terhadap kami. Cukuplah saya dan Aslam sahaja tahu apa sebenarnya terjadi antara kami. Daripada bermulanya semua ini sehingga ia berakhir.

“Saya mengaku saya bersalah. Tujuan perkongsian ini adalah memaklumkan kepada semua bahawa saya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mempertahankan diri sendiri atau memuaskan hati semua orang,” tambahnya.

Norman yang juga pelakon dan pengacara menegaskan yang salah tetap salah dan pintu taubat sentiasa terbuka untuk kembali ke jalan-Nya.

Norman, 47 tahun, turut berterima kasih kepada setiap pihak yang prihatin kepadanya dan keluarga malah mereka telah menyelesaikan masalah berhubung isu sensasi itu secara tertutup.

“Terima kasih kepada yang prihatin atas ujian buat saya dan keluarga baru-baru ini. Insya-Allah gerak hati daripada-Nya untuk kami selesaikan secara tertutup.

“Kami ambil iktibar atas segala khilaf yang berlaku. Mohon doakan yang baik-baik. Saya anggap kalian semua sahabat ukhwah,” ujarnya menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Norman berkata, kontroversi tersebut dianggap sebagai satu ujian buatnya dan keluarga serta komen-komen yang mungkin mencalar hati juga merupakan satu ‘teguran’ buat mereka.

“Saya gembira baca komen semua. Mungkin ada yang berbaur emosi dan kebencian saya anggap itu semua sebagai teguran baik untuk saya dan keluarga perbaiki kelemahan serta khilaf kami. Segala kelemahan datang daripada kami dan segala yang baik hanya daripada-Nya,” ujar pelakon filem Evolusi KL Drift itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >