Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Anak Shah Rukh, Aryan, ditahan lebih lama untuk disoal siasat berkaitan kes rampasan dadah di kapal persiaran Mumbai

Oct 04, 2021 | 08:02 PM



ARYAN Khan, anak pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan, yang ditangkap di kapal persiaran berhubung dengan kes dadah pada Ahad (3 Oktober) perlu ditahan lebih lama lagi, jelas agensi dadah Biro Kawalan Narkotik (NCB) Mumbai di mahkamah pada Isnin (4 Oktober).



Agensi ini menjelaskan, Aryan diperlukan dalam jagaan polis hingga 11 Oktober bagi disoal siasat, lapor laman NDTV.



"Kecuali kami menyiasat pengguna dadah ini, bagaimana kami dapat tahu siapa pembekal dadahnya atau siapa yang membiaya semua ini?" ujar jurucakap NCB di mahkamah sambil mendakwa wujud kartel antarabangsa dalam kes ini.



Mahkamah Tinggi Bombay berkata semua kesalahan di bawah Akta Dadah dan Bahan Psikotropik ini tidak boleh diikat jamin, jelas peguam bagi NCB.



Aryan, 23 tahun, menegaskan bahawa dia adalah undangan khas ke kapal persiaran tersebut dan tidak boleh dilibatkan dengan keseluruhan kes rampasan dadah ini.



"NCB mengatakan mereka menemui butir perbualan dalam telefon Aryan yang membawa pada wujudnya kes dagangan dadah antarabangsa. Sepanjang Aryan dalam kapal ini, dia tak terlibat langsung dengan sebarang penyalahgunaan dadah," jelas peguam bela kanan Satish Manshinde yang mewakili Aryan.



Beliau berkata pihak penyiasat menggeledah beg Aryan dan tidak menemui apa-apa.



"Mereka temui sesuatu pada rakan Aryan, Arbaaz Merchant. Mereka temui dadah 6 gram, jumlah yang kecil. Rampasan dadah lain bukan daripada mereka dan tiada kaitan dengan Aryan," jelas Encik Manshinde.



Aryan yang memohon agar mahkamah memberinya peluang membayar ikat jamin, menambah:



"Salah satu sebab yang dikemukakan bagi saya terus ditahan adalah rampasan dadah komersial daripada orang lain yang disyaki. Perkara itu tidak boleh dikaitkan dengan saya. Mereka menguruskan edaran dadah di peringkat antarabangsa, tuduhan yang sangat serius dan harus bersandarkan bukti.



"Sembang WhatsApp tanpa sebarang bukti apa-apa tidak penting...dalam beberapa kes lain, pihak hakim membenarkan ikat jamin dan tidak mengaitkan individu tertentu dengan keseluruhan kes rampasan dadah ini."



Aryan yang dilihat dalam satu video tular di media sosial yang didakwa dirakam selepas serbuan NCB dibuat, dituduh membeli, memiliki dan menggunakan bahan terlarang, jelas NCB.



Serbuan dadah berprofil tinggi ini membawa pada penangkapannya dari kapal persiaran di Mumbai itu. Di situ, satu keramaian dikatakan diadakan. 13 gram kokain, 21 gram charas, 22 pil MDMA dan 5 gram MD dirampas, tambah NCB.



Dadah ini ditemui daripada golongan yang disyaki yang telah menyembunyikan dadah ini dalam baju mereka, baju dalam mereka dan dompet wang, lapor agensi berita Press Trust India, yang menukil penjelasan seorang pegawai NCB yang tidak dinamakan.



Selain Aryan, tujuh individu lain diberkas selepas satu pasukan kawalan dadah menaiki kapal tersebut dan menyamar sebagai penumpang. Menurut pihak berkuasa, keramaian itu bermula selepas kapal itu berlepas dari Mumbai ke Goa.



Awalnya, lapan orang ini iaitu Aryan, Munmun Dhameecha, Nupur Sarika, Ismeet Singh, Mohak Jaswal, Vikrant Chhoker, Gomit Chopra dan Arbaaz disoal siasat dan kemudian diberkas secara rasmi.



Peguam NCB memberitahu mahkamah, beberapa tangkapan lanjutan dibuat pada pagi Isnin.



"Pautan sesi sembang dan sebagainya menunjukkan penglibatan kartel antarabangsa. Ia melibatkan sekumpulan orang seperti dalam sebuah geng samseng," tambah peguam NCB.



"Kami juga telah menyerbu pembekal dan mendapati jumlah dadah komersial di kediamannya di Juhu. Kami temui nama kod lain dalam sembangnya dan kami telah memecahkan kod itu. Terdapat kaitan pada urusan pemindahan bank dan wang tunai yang perlu kami selidiki. Konspirasi ini perlu dinyahkodkan," tambah peguam itu lagi. - Agensi Berita



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >