Premium
ANBS kembali dengan kejutan, kematangan
Hyrul, Azmir, Fauzie jadikan jerih payah lebih sedekad sebagai sandaran perkukuh kumpulan trio
Feb 4, 2020 | 5:30 AM
KEDEWASAAN MENGUBAH SEGALANYA: Jadual ANBS yang terdiri daripada bekas finalis Anugerah 2005, (dari kiri) Hyrul Anwar, Syed Azmir dan Fauzie Laily kian padat dengan acara serta projek melancarkan 'single' baru yang akan didendangkan di pesta muzik Melayu, StereoFest pada akhir bulan ini. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -
TANPA diduga, pertemuan santai dua tahun lalu di mana mereka menjamu selera dan berkaraoke membawa pada munculnya tekad ingin bergabung semula seperti dahulu.
Sekitar 15 tahun lalu, Anugerah Boys yang terdiri daripada finalis peraduan realiti Anugerah 2005, Hyrul Anuar, Syed Azmir, Fauzie Laily dan Khairil Yusof, mencetus fenomena di persada hiburan tempatan.

