Topik diikuti
Pergi ke BHkuAnggota Elite kembali bergabung selepas 20 tahun
Kumpulan itu tampil dengan 'single' terbaru yang berunsur kerohanian
Apr 1, 2021 | 5:30 AM
Anggota Elite kembali bergabung selepas 20 tahun
KUMPULAN penyanyi wanita yang popular pada akhir 1990-an, Elite membuat kejutan apabila kembali bergabung sempena ulang tahun ke-25 penubuhan mereka.
Namun berbeza dengan konsep persembahan mereka ketika remaja, anggota Elite terkini menyampaikan lagu yang sesuai dengan penampilan sebahagian anggota sekarang yang sudah bertudung.