DI sebalik pandemik Covid-19 yang mengganggu-gugat usaha menganjurkan majlis gilang-gemilang Anugerah Academy ke-93 dua bulan sebelum ini, banyak sejarah tercipta dalam mengiktiraf karyawan seni tanpa mengira warna kulit dan asal-usul mereka.

Semalam, pemilihan pemenang Oscar tahun ini membuktikan wujudnya kerencaman dan suasana inklusif dunia perfileman sejagat.