Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sumbangan penulis lirik Habsah Hassan diiktiraf

Nov 16, 2021 | 5:30 AM
SUMBANGAN LIRIK INDAH: Datuk Habsah Hassan yang sudah menghasilkan lebih 1,000 lirik lagu buat penyanyi seperti Sudirman, Zaiton Sameon, Rahimah Rahim dan Datuk Seri Siti Nurhaliza disampaikan dengan Anugerah Sepanjang Hayat pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34. - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA
SUMBANGAN LIRIK INDAH: Datuk Habsah Hassan yang sudah menghasilkan lebih 1,000 lirik lagu buat penyanyi seperti Sudirman, Zaiton Sameon, Rahimah Rahim dan Datuk Seri Siti Nurhaliza disampaikan dengan Anugerah Sepanjang Hayat pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34. - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA -

LIRIK hasil penanya menyentuh hati, kadangkala tepat menggambarkan kehidupan sebenar sang penyanyi.

Setiap bait kata-kata yang dirangkaikan tersusun rapi.

Berkat sumbangannya pada industri muzik Malaysia, penulis lirik kelahiran Singapura, Datuk Habsah Hassan, dipilih sebagai pemenang Anugerah Sepanjang Hayat pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (Malaysia) ke-34 (ABPBH34), Sabtu lalu.

Habsah, 72 tahun, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Chah dipilih sebagai penerima anugerah istimewa itu berdasarkan bakti dan sumbangannya dalam bidang penulisan lirik.

Sehingga kini, beliau telah menghasilkan lebih daripada 1,000 lirik lagu.

Laman Kosmo! Online melaporkan, Habsah menganggap penganugerahan yang diberikan kepadanya adalah sesuatu di luar jangkaan.

"Alhamdulillah. Anugerah ini di luar jangkaan saya. Terima kasih kepada TV3. Terima kasih kepada semua individu, setiap organisasi sama ada secara langsung mahupun tidak yang telah memberikan sokongan terhadap saya," ucapnya.

Habsah turut berharap agar lebih ramai dalam kalangan generasi baru dapat meneruskan kerjaya penulisan lirik dengan ikhlas sehingga meninggalkan kesan kepada warisan akan datang.

"Saya berharap agar lebih ramai generasi baru dapat dilahirkan dalam bidang penulisan sebagai warisan kepada anak-anak kita yang akan datang," katanya.

Habsah sememangnya cukup dikenali dalam kalangan orang-orang industri seni kerana sentuhan lirik lagu yang dihasilkannya diibaratkan 'magis' dengan susunan kata yang indah.

Antara lirik lagu yang pernah dihasilkan Habsah adalah Salam Terakhir dan Merisik Khabar dendangan Allahyarham Sudirman, Menaruh Harapan (Zaiton Sameon), Cinta Beralih Arah (Aishah) dan Usah Diragui (Datuk Seri Siti Nurhaliza).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg