Negara serumpun di Nusantara ini bersatu hati dalam memartabatkan muzik yang menggambarkan cita rasa pendengar masa kini. Semua ini dilakukan menerusi wadah Anugerah Planet Muzik (APM) yang mencecah edisi ke-17, tahun ini. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) menjejak artis dari Singapura, Indonesia dan Malaysia yang dinobatkan sebagai pemenang anugerah di majlis gilang-gemilang itu.

KESABARAN dan kecekalan yang mendewasakan dua bakat tempatan, Sufi Rashid dan Farhan Shah, dalam memburu rezeki dan membina kerjaya nyanyian ternyata menjadi formula jaya di pentas Anugerah Planet Muzik (APM).