Premium
Indah aneka irama seni syair
Selain irama biasa 'Selendang Delima', hadirin didedahkan kepada empat lagi irama syair dalam acara 'Syairpura'
Mar 3, 2018 | 5:30 AM
IRAMA syair memang jarang dipersembahkan di sini dan jika dihidangkan untuk pementasan seperti bangsawan atau acara sastera pun, biasanya hanya irama Selendang Delima yang dialunkan.
Tetapi, baru-baru ini di Perpustakaan Daerah Woodlands menerusi pementasan yang diberi nama Syairpura, hadirin telah didedahkan dengan empat lagi jenis irama syair yang tersedia - irama Narasi, Perang, Batu Belah dan Kapal.

