Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Apa kata Noor Kumalasari tentang...

Apr 28, 2024 | 5:30 AM
Dharma Harun Al-Rashid pernah ditegur dan dimarah Noor Kumalasari di tengah-tengah penggambaran Adik Manja setelah dapat tahu pelakon itu meminta pelakon wanita muda dan baru mencium pipinya sebelum balik dari lokasi penggambaran.
Dharma Harun Al-Rashid pernah ditegur dan dimarah Noor Kumalasari di tengah-tengah penggambaran Adik Manja setelah dapat tahu pelakon itu meminta pelakon wanita muda dan baru mencium pipinya sebelum balik dari lokasi penggambaran. - Foto FAIL

DHARMA HARUN AL-RASHID

“Di sebalik kemesraan yang harus dipaparkan dalam filem Adik Manja, saya dan Dharma Harun Al-Rashid sebenarnya jadi tak ‘ngam’ pada pertengahan penggambaran filem itu. Ada konflik antara kami yang berlaku.

“Kalau ada benda yang tak betul, saya sebagai pelakon lebih senior harus tegurkan. Saya tak terima apabila Dharma buli pelakon wanita muda dan baru yang jadi pelajar dalam filem itu.

“Salah seorang daripada mereka mengadu pada saya bahawa Dharma paksa mereka cium pipinya sebelum meninggalkan set penggambaran. Saya naik angin dan terus terang marah Dharma.

“Saya kata, “Siapa awak ni? Nak buli pelakon baru? Awak sendiri masih baru. Ini filem pertama awak. Awak ingat awak ‘handsome’ sangat sampai budak-budak ni perlu layankan permintaan awak?

“Budak-budak ni dahlah takut dengan Dharma. Mereka cari rezeki. Tak patut buat macam ni. Saya rasa tanggungjawab saya sebagai ‘kakak’ kepada mereka untuk melindungi mereka di set penggambaran.

“Bayangkan saya kemudian perlu buat adegan mesra sebagai kekasih Dharma dalam filem itu sebab watak kami, Cikgu Sharina dan Cikgu Azmi bercinta. Dalam saya bingit dengan perbuatannya, saya harus terus bersikap profesional.

“Tapi selepas tamat penggambaran Adik Manja, kami berbaik-baik semula. Kami saling bermaafan. Dharma pelawa saya berlakon semula dalam filem arahannya, Adik Manja Returns, beberapa tahun lalu tetapi saya tolak sebab rasa macam dah tak sesuai lagi nak berlakon.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg