Apabila dua rockers Jatt Ali dan Moliano bertemu di Madinah...
Apabila dua rockers Jatt Ali dan Moliano bertemu di Madinah...

MEREKA mungkin lebih sepadan apabila bertemu di pentas, tetapi dua pemuzik rok veteran tempatan Jatt Ali dan Moliano Rasmadi baru-baru ini bertemu semasa menunaikan ibadah umrah di Arab Saudi.
Kededua artis itu juga sempat menunaikan solat zohor di Masjid an-Nabawi di Madinah bersama sebelum berangkat ke Makkah.
Secara kebetulan, kededua artis ini juga giat berkongsi pengalaman mereka menunaikan umrah dengan peminat di media sosial. Ini termasuk gelagat masing-masing semasa melakukan tahalul dengan membotakkan kepala masing-masing.
Perkongsian kededua artis veteran ini disambut baik oleh peminat mereka dengan ramai yang memberi ucapan selamat.
Jatt lebih dikenali sebagai vokalis Black Dog Bone dan namanya disebut-sebut lagi selepas beliau mendapat tempat ketiga dalam pertandingan adu bakat Gegar Vaganza 6 pada 2019.
Moliano pula dikenali sebagai pemain gitar band Lovehunters, yang kini aktif mendekati peminat di media sosial.

