Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Apabila personaliti popular 'pergi' mengejut dalam usia muda...

Baru seminggu kematian pelawak Abam Bocey di Malaysia, ia diikuti pula oleh pelakon kacak Ashraf Sinclair di Jakarta kelmarin
Feb 20, 2020 | 05:30 AM



BARU seminggu dunia hiburan dikejutkan dengan kematian pelawak Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey pada usia 32 tahun. Kelmarin, pelakon Ashraf Sinclair pula meninggal dunia pada usia 40 tahun di Jakarta.



Kedua-duanya meninggal dunia semasa tidur, dipercayai kerana serangan jantung.



Apabila personaliti yang dikenali ramai meninggal pada usia muda secara tiba-tiba, ia menimbulkan kesedihan luar biasa peminatnya. Lebih-lebih lagi apabila nama mereka sedang melonjak di pasaran, mempunyai banyak komitmen pekerjaan dan mempunyai anak-anak yang masih kecil.



Namun bagi umat Islam, takdir ajal maut tidak akan dipersoalkan dengan "seandainya...." dan "kalaulah..." jika umurnya lebih panjang.



Kematian mendadak di kalangan personaliti muda lebih menimbulkan keinsafan, baik dalam penjagaan kesihatan, persiapan dalam beribadah serta menjaga hubungan sesama manusia.



Ini begitu jelas berdasarkan pelbagai luahan perasaan warga media sosial yang berkongsi pengakuan mereka di Facebook, Instagram dan sebagainya.



Selain Abam dan Ashraf, siapakah lagi personaliti popular yang meninggal pada usia muda?



Berikut Berita Harian singkap semula kematian mengejut yang melibatkan selebriti di bawah usia 45 tahun.



ASHMI ROSLAN



Pelakon Singapura, Ashmi Roslan, meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung pada 10 Jun 2015 pada usia 34 tahun.



Allahyarham antara pelakon drama Jalan Ampas, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH). Seminggu sebelum kematiannya, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) setelah mengadu mengalami masalah pedih hulu hati.



YUS JAMBU



Pelakon dan pelawak Yus Jambu, atau nama sebenarnya, Yussry Edoo, meninggal dunia pada usia 39 tahun, dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang pada 30 November 2015.



Sebelum itu, pelawak yang belum berkahwin itu tidak pernah dilaporkan menghidapi sebarang penyakit serius.



Beliau terkenal menerusi program Raja Lawak dan Maharaja Lawak dalam kumpulan Jambu, di samping pelawak Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali dengan nama pentas, Tauke.



Mereka memperkenalkan imej merah jambu untuk lelaki yang pada dasarnya jauh bertentangan dengan sikap kelelakian dan lawak sinikal mereka.



HANI MOHSIN



Hani Mohsin Hanafi merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit. Beliau terkenal sebagai pengacara rancangan permainan, Roda Impian, dan pelakon utama filem Jimi Asmara.



Pernah berkahwin dengan penerbit Tiara Jacquelina, mereka dikurniakan anak perempuan, Hani Karmila.



Hani meninggal dunia pada 25 Julai 2006 di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas pengsan akibat serangan jantung.



IZWAN PILUS



Penyanyi popular Malaysia, Izwan Pilus, meninggal dunia pada usia 32 tahun pada Januari 2012, akibat jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus.



Izwan, 32 tahun, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, selepas mengalami sesak nafas. Antara lagu popularnya ialah Kembali Senyum.



FAIZAL YUSOF



Pelakon Malaysia, Faizal Yusof, meninggal dunia pada usia 32 tahun, akibat serangan jantung pada 1 Januari 2011.



Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.



Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, ketika itu berusia dua tahun sembilan bulan.



ASHRAF SINCLAIR



Apa salahnya kalau kasut saya buatan Gombak? Video Merdeka berjudul Buatan Gombak terbitan Petronas sempena Hari Kebangsaan Malaysia pada 1998 yang menampilkan Allahyarham Ashraf Sinclair, menarik perhatian ramai untuk mengenali pemuda yang dilahirkan pada 18 September 1979 di Croydon, London itu.



Pada 2005, Ashraf diberi peluang mengacara program Box Office Now terbitan ntv7, kemudian membintangi filem Gol & Gincu dan pernah mengacara program Beat TV di Astro Ria bergandingan dengan Sazzy Falak pada 2006.



Selepas mengahwini penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari, pada 8 November 2008, Ashraf cukup popular di Indonesia kerana sering diberi peranan penting dalam banyak sinetron.



Ashraf, 40 tahun, meninggal dunia kelmarin di rumahnya, dipercayai akibat serangan jantung.



ABAM BOCEY



Pelawak popular Abam Bocey, atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, meninggal dunia pada usia 32 tahun, dalam tidur di kediamannya di Gombak, Kuala Lumpur, pada 10 Februari lalu. Ia dipercayai akibat serangan jantung. Sebelum itu, beliau dilaporkan mengalami demam panas.



Allahyarham mencipta nama setelah memenangi pertandingan Maharaja Lawak terbitan Astro bersama kumpulan Bocey.



Kematiannya mendapat sorotan luas media massa kerana ramai yang kagum dengan kehadiran ribuan orang mendirikan solat jenazah untuknya.



Kisah-kisah kebaikannya menderma dan menolong orang juga dikongsi beberapa orang termasuk asatizah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >