“Untuk kehidupan bermakna, anda harus menetapkan matlamat hidup. Jika anda tetapkan matlamat mencari kegembiraan, bentuk sikap untuk menuju ke arah kegembiraan dan pastinya di selang-seli perjalanan itu anda akan tempuhi cabaran.
“Jika anda mahu menang dalam maraton, anda harus berlatih, susun langkah satu demi satu untuk sampai ke garisan penamat.
“Tetapi jangan lupa matlamat kehidupan kita sebenarnya iaitu membentuk hubungan dengan Allah swt. Sentiasa berusaha untuk menuju ke arah itu demi kehidupan sebenar.”
Dr Rania Awaad, sarjana, pakar psikiatri, dan profesor Islam Mesir-Amerika yang juga Profesor Klinikal Psikiatri di Jabatan Psikiatri dan Sains Tingkah Laku Stanford. Dr Rania terkenal dengan karyanya tentang Islam dan psikologi serta kesihatan mental warga Muslim Amerika. Beliau telah menyampaikan ceramahnya di Konvensyen Kesihatan Mental Islam di Singapura pada 17 November di Darul Arqam Singapura.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg