Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Apakah yang perlu saya tahu sebelum beli rumah?

Oct 2, 2024 | 5:30 AM
Ruangan GenKini memberi peluang kepada belia untuk bertanyakan soalan sementara kami mendapatkan pakar untuk menjawab soalan anda.
Ruangan GenKini memberi peluang kepada belia untuk bertanyakan soalan sementara kami mendapatkan pakar untuk menjawab soalan anda. - GRAFIK BH oleh MOHD SAMAD AFANDIE
Cik Ainon Talib, Pengarah Pemasaran Kanan dan ejen hartanah dengan ERA Realty Network.
Cik Ainon Talib, Pengarah Pemasaran Kanan dan ejen hartanah dengan ERA Realty Network. - Foto ihsan AINON TALIB

SOALAN: Saya berada dalam tahun terakhir di politeknik. Saya bercadang meneruskan pengajian di universiti selepas tamat di politeknik.

Saya tidak pernah bekerja sepenuh masa tetapi kini bekerja secara sambilan dan dapat mengumpul sedikit dalam Tabung Simpanan Pekerja (CPF).

Ada apa-apa persiapan yang perlu saya tahu sebelum membeli flat Bina Ikut Tempahan (BTO) dengan bakal pasangan saya?

Kami telah merujuk soalan ini kepada Cik Ainon Talib, Pengarah Pemasaran Kanan dan ejen hartanah dengan ERA Realty Network. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang perumahan.

JAWAPAN: Ia satu permulaan yang baik apabila anda sudah mula mengumpul CPF kerana ia antara faktor penting jika ingin memiliki rumah sendiri.

Memandangkan anda ada rancangan untuk meneruskan pengajian, ini bermakna anda berkemungkinan berada di universiti untuk tiga hingga empat tahun lagi.

Jika anda telah menemui bakal pasangan, anda boleh membeli flat BTO di bawah skim ‘tunang’.

Saya turut melalui situasi serupa. Saya dan tunang saya ketika itu memohon untuk flat BTO sewaktu saya masih di universiti kerana pasangan saya mempunyai CPF yang mencukupi dan kami telah membuat perancangan perkahwinan dalam masa terdekat.

Kami beruntung kerana dapat mengambil kunci flat kami sejurus selepas kami berkahwin.

Jikalau anda bakal mengambil langkah ini, pastikan anda telah memohon untuk Surat Kelayakan Flat HDB (HFE) sebelum sebarang permohonan BTO. HFE ada tempoh sah selama sembilan bulan.

Sebaiknya, buat permohonan BTO apabila salah seorang daripada anda telah bekerja selama 12 bulan untuk layak menerima geran perumahan dipertingkat.

Sekiranya anda berhasrat untuk bekerja sendiri, pastikan anda mengisytiharkan pendapatan anda sekurang-kurangnya bagi dua tahun kerana pendapatan anda akan dinilai bagi tujuan memperoleh pinjaman daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) atau institusi kewangan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg