Premium
Apple umum kenaikan harga aplikasi seawal Oktober
Sep 25, 2022 | 5:30 AM
NAIK HARGA: Pelanggan di negara yang menggunakan mata wang euro serta di Sweden, Jepun, Korea Selatan, Chile, Mesir, Malaysia, Pakistan dan Vietnam, semuanya akan melihat kenaikan harga bagi aplikasi serta pembelian dalam aplikasi seawal 5 Oktober nanti. - Foto REUTERS -
LONDON: Syarikat Apple Inc. mengumumkan kenaikan ketara pada peringkat harganya (price tiers) bagi aplikasi serta pembelian dalam aplikasi di Eropah dan Asia, melindungi margin keuntungannya apabila mata wang utama jatuh berbanding dolar Amerika Syarikat.
Pelanggan di negara yang menggunakan mata wang euro serta di Sweden, Jepun, Korea Selatan, Chile, Mesir, Malaysia, Pakistan dan Vietnam, semuanya akan melihat kenaikan harga seawal 5 Oktober ini, kata syarikat itu dalam mesej kepada para pemaju.

