Topik diikuti
Pergi ke BHkuAqasha dipilih jadi pengacara 'Bintang RTM 2018'

AQASHA: Akan bergandingan dengan penyanyi Misha Omar dalam mengendalikan program 'Bintang RTM 2018'. - Foto INSTAGRAM
Aqasha dipilih jadi pengacara 'Bintang RTM 2018'
WALAUPUN perjalanannya dalam 'Gegar Vaganza' akhir tahun lalu tersekat suku jalan, pelakon dan penyanyi Aqasha tetap mendapat perhatian untuk terus menghidupkan kembali kerjaya seninya.
Beliau baru-baru ini telah diberi kepercayaan untuk menjadi pengacara program 'Bintang RTM 2018' buat julung-julung kalinya, bergandingan dengan penyanyi Misha Omar.
