Majlis nikah Cef Amri lancar meski kurang 10 orang hadir
Premium
Majlis nikah Cef Amri lancar meski kurang 10 orang hadir
Apr 7, 2020 | 5:30 AM
SELAMAT DIIJAB KABUL: Cef Amri dengan isterinya, Cik Fairuzah Sanif. Majlis pernikahan mereka berlangsung pada 4 April lalu di rumah Cef Amri dengan dihadiri kurang 10 orang termasuk pasangan pengantin, kadi, dua saksi, ibu dan kakak beliau. - Foto ihsan CEF AMRI ABDUL AZIM -
RANCANGAN untuk bernikah pada tarikh khas 4 April tetap diteruskan, tetapi dengan mengambil langkah-langkah pencegahan ketat di tengah-tengah penularan wabak Covid-19 sekarang.
Pada Sabtu lalu, cef selebriti, Cef Amri Abdul Azim, 42 tahun, menamatkan zaman bujangnya apabila beliau bernikah dengan Cik Fairuzah Sanif, 20-an tahun, seorang warga Malaysia, dalam satu majlis pernikahan ringkas.

