Premium
Art Fazil abadi Kg Glam dalam lagu
Apr 6, 2022 | 5:30 AM
IRAMA SANTAI: Antara pemandangan dalam klip video single, Di Kampong Gelam nyanyian dan gubahan Art Fazil. - Foto MORO RECORDS -
KAMPONG Glam yang berwajah baru - dengan Haji Lane dilihat penuh dengan tarikan hipster tetapi di kawasan berdekatan masih ada warung popular Nasi Padang dan tempat lepak teh tarik Bhai Sarbat - diabadikan dalam single terbaru nyanyian Art Fazil.
Diberi nama Di Kampong Gelam, lagu berentak rege itu adalah tulisan dan gubahan Art sendiri di bawah label Moro Records. Ia dilancarkan pada 1 April lalu dan muzik videonya boleh ditonton di YouTube.

