Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Artis 'Luar Biasa' S'pura dan Indonesia berkongsi pentas The Star

Apr 28, 2023 | 05:52 PM



SETIAP seorang daripada mereka mempunyai keistimewaan tersendiri apabila berada di pentas untuk menghiburkan peminat.



Pada Sabtu malam (29 April), dua juara Singapore Idol (Musim Pertama dan Kedua), Taufik Batisah dan Hady Mirza, akan berkongsi pentas dengan bintang Indonesia, Cakra Khan dan Andmesh Kamaleng serta bakat muda Singapura, Maya Raisha.



Konsert Luar Biasa yang dibawakan Offshore Entertainment di The Star Theatre ini dijangka memukau ramai dengan lagu-lagu cinta yang menyentuh kalbu.



Pada Jumaat pagi, satu sidang media diadakan di Hotel Royal Plaza On Scotts.



Kata Andmesh, 26 tahun:



"Apa yang luar biasa dan berkesan adalah akan ada gandingan trio daripada saya, Maya dan juga Hady manakala Taufik dan Cakra pula akan berduet."



Bagi Maya, 19 tahun, ia bak pucuk dicita, ulam mendatang.



"Segala impian saya menjadi nyata. Saya teruja dapat belajar daripada gergasi dalam industri hiburan Nusantara," kata anak penyanyi Lazmin Ibrahim dan mantan Anggota Parlimen, Encik Zainudin Nordin.



Taufik, 41 tahun, pula berkata sekian lama beliau tidak tampil dalam konsert meskipun sebagai tetamu undangan.



"Saya sebenarnya kagum dengan bakat muda seperti Maya yang merupakan penyanyi yang hebat serta pandai pula mencipta lagu.



"Saya bangga bakat sepertinya dapat diketengahkan bahkan mengharapkan kemahirannya ini dapat ditonjolkan ke peringkat antarabangsa," jelasnya.



Taufik juga menjangkakan ramai akan suka dengan susunan lagu yang akan beliau nyanyikan bersama Cakra.



Cakra, 31 tahun, pula menyifatkan konsert ini sebagai satu cara dirinya mengubati kerinduan terhadap peminat di Singapura.



"Saya masih ingat ketika berpadu suara dan bertemu dengan Taufik di Anugerah Planet Muzik (APM). Ia sudah lama.



"Kini, saya kembali pada tahun di mana saya ingin tebarkan sayap saya lebih luas lagi. Saya mohon doanya bagi penyertaan saya dalam America's Got Talent.



"Saya selalu ditolak dalam peraduan realiti Indonesia termasuk Indonesian Idol. Sudah sampai usia sebegini diterima untuk peraduan antarabangsa, saya sudah cukup bersyukur.



"Saya anggap ia sebagai doa orang tua saya. Allahyarham bapa saya pastinya akan bangga dan saya akan membawa kata-kata semangatnya dalam diri saya," jelasnya.



Hady Mirza, 43 tahun, pula bersyukur dapat dilibatkan sama dalam konsert ini. Beliau enggan menyatakan sama ada lagu Cinta Luar Biasa yang beliau hidangkan di konsert Gegar Vaganza 6 dahulu akan dinyanyikan bersama pelantun asalnya, Andmesh.



"Semuanya akan menjadi kejutan termasuk lagu-lagu saya sendiri yang sudah biasa anda dengar," katanya yang akur 2023 merupakan tahun mencabar kerana ibunya dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi (ICU) kerana limfoma pada awal tahun.



Kata Hady lagi:



"Saya amat bersyukur ibu beransur sembuh dan kami dapat meraikan Hari Raya bersama di Singapura. Tidak dapat dibayangkan keadaan pada awal tahun ini di mana kami berdepan dengan ujian keluarga.



"Kalau dahulu ibu yang banyak menjadi pendorong dan berada dengan saya di mana-mana peraduan yang saya sertai, kini isteri menjadi tunggak utama dalam memberi motivasi buat saya."



Nota: Tiket antara $98 hingga $218 bagi Konsert Luar Biasa ini boleh ditempah di kaunter, talian dan laman Sistic.



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >