Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Artis M'sia dalam PKP 2.0: Gegar Vaganza satukan hati Bad Indigo, Ashira ke jenjang pelamin

Jan 30, 2021 | 11:07 PM



KALAU sudah namanya jodoh, cinta mampu berbunga mekar ke jenjang pelamin selepas bertemu di pentas pertandingan realiti Gegar Vaganza 7 (GV7).



Inilah yang berlaku pada anggota kumpulan Indigo, Bad, yang mengakui terbuka hati menikahi rakan peserta, Ashira, setelah pertemuan di GV7 membawa pada bibit-bibit cinta.



Bad, yang nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah, 46 tahun, sudah lebih 10 tahun menduda.



Dalam wawancara bersama mStar Online, Bad menjelaskan dirinya jatuh cinta pandang pertama dengan Ashira, pelantun lagu Ombak Resah, kali pertama mereka bertemu pada Oktober tahun lalu.



"Kali pertama berjumpa Ashira, hati saya terus jatuh cinta pandang pertama padanya. Kami mula berkenalan ketika sama-sama menyertai GV7 dan daripada situ kami jadi rapat dan saling bertukar nombor telefon.



"Sikap kelakar dan penyayang Ashira merupakan antara sebab saya jadi lagi terpaut hati padanya. Bukan sahaja dengan saya, dengan orang lain pun, saya nampak dia seorang yang sangat mengambil berat tentang orang sekelilingnya," katanya ketika dihubungi.



Enggan menanti lama, Bad menambah, beliau sudah bersedia memperisterikan Ashira yang nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 36 tahun, selewat-lewatnya Mac ini.



Pada Disember lalu, Bad telah berbincang dengan ibu bapa Ashira mengenai pernikahan mereka.



"Kalau boleh, saya nak segerakan hal yang wajib dahulu dalam keadaan negara yang sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19. Jadi, majlis resepsi kami tangguhkan dahulu



"Kami pun sudah menghantar borang permohonan nikah secara dalam talian dan sekarang tunggu jawapan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekiranya terdapat kekosongan slot pada Mac nanti," ujarnya lagi.



Sementara itu, ketika ditanya mengenai penerimaan anaknya, Bad berkata, kedua-dua anaknya menerima baik kehadiran Ashira.



Bad sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga  pada 2007 tetapi bercerai tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinan tersebut, beliau mempunyai dua cahaya mata, Rayyan, 12 tahun, dan Rania, 11 tahun.



Ashira pula ibu tunggal dengan seorang anak lelaki, Megat Shazrif Haziq Hadi, 15 tahun. - mStar Online



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >