Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Artis rok, Awang BPR rai perjalanan seni sambil beramal

Jun 21, 2022 | 05:30 AM



SAMBIL meraikan perjalanan seni hampir empat dekad, penerbit, penggubah lagu dan gitaris utama kumpulan Bumiputra Rockers (BPR), Awang BPR, ingin turut membantu rakan seni yang terjejas dek tamparan pandemik Covid-19 mahupun kesihatan.



Justeru, pada Jumaat ini, Awang atau nama sebenarnya Norzaini Mohammad, 59 tahun, menyatukan beberapa rakan artis dalam satu persembahan Showcase Perjalanan Seni Awang BPR & Rakan-Rakan Serta Makan Malam Amal di Loon Sing Convention Centre, Taman Daya Johor Bahru mulai 8 malam.



Turut serta dalam acara itu adalah Jatt Ali, Zamani Slam, Ayai Ilusi, Aida Agil, Bumiputra Rockers dan pendatang baru, Kudien Rafee.



Ketika dihubungi Berita Harian melalui Zoom baru-baru ini, Awang menjelaskan:



"Acara ini mempunyai dua matlamat iaitu membangkitkan semula semangat artis menghiburkan penonton dalam acara 'live' setelah sekian lama tersekat kerana pandemik Covid 19 serta memberi buat artis yang memerlukan.



"Kerana itu, kami sediakan jualan meja dengan harga berbeza. Setiap meja menampung 10 orang. Ini ruang untuk kita membantu artis yang terkesan dek pandemik dan keadaan ekonomi yang belum pulih sepenuhnya.



"Dalam perancangan, kami akan menyalur bantuan kepada Aida Agil yang tidak dapat berjalan sesudah dilanda penyakit Bell's Palsy (kelemahan otot muka disebabkan keradangan saraf wajah) dan gitaris Sweet Charity, Rosli Mohalim, yang dilanda strok sebelum ini."



Penyanyi rok 1990-an, Emma Rockers, yang juga pengarah urusan Impact Music & Entertainment membantu dalam pemasaran dan promosi acara termasuk buat peminat di Singapura.



Satu sesi lelongan gitar dan 'amplifier' juga akan diadakan bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada artis yang memerlukan.



Kata Awang: "Saya berharap peminat dari Singapura dapat hadir menyeberangi Koswe untuk sokong artis kita dan berhibur kembali dalam acara 'live'.



"Sejauh ini, sudah ada pun pihak dari Singapura iaitu restoran The Straits Tepanyaki yang membantu dengan membeli meja VIP."



Awang berterima kasih dengan Papa Rok Singapura, Datuk Ramli Sarip, kerana memberi nama BPR kepada bandnya yang berasal dari Johor Bahru dan terdiri daripada kawan sekampung dan satu sekolah.



"Kami pernah mengiringi Abang Ramli beberapa kali dan awalnya kerana kami tiada nama, beliau beri kami nama Anak Kampung, Halilintar, Ribut dan Taufan mengikut sesi berbeza.



"Tapi pada 'show' di Perak, tahu-tahu nama Bumiputra Rockers itu Abang Ramli berikan dan kami suka dengan nama itu. Ia melekat selama 38 tahun.



"Banyak suka duka kami lalui bersama sebagai kumpulan. Pastinya sedih apabila kami kehilangan dua anggota, Haron Ahmad dan Ibrahim Musa atau Yem C, yang meninggal dunia.



"Namun, pastinya menghasilkan lagu hit seperti Dari Sinar Mata yang diingati hingga hari ini kerana dwimaknanya (lagu cinta dan kerohanian) merupakan satu pencapaian yang tidak dapat saya secara peribadi lupakan.



"Ia merupakan cetusan ilham saya bersama Allahyarham J.S. Kevin atau Zul Adnan Mohd Razali," ujarnya.



Keterangan lanjut mengenai tempahan tiket acara ini boleh diperolehi menerusi laman web awangbpr.com. - HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >