Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

REVIU FILEM

The Assistant, filem aksi M'sia penuh babak berdarah, selongkar isu kawan jadi lawan

May 17, 2022 | 10:27 PM



DARI awal sampai akhir, tiada masa pun untuk jenguk telefon bimbit atau mengelamun meskipun pratonton filem Malaysia arahan Adrian Teh, The Assistant ini, dibuat seawal 9 pagi.



Filem aksi dengan beberapa babak bergasak dan adegan nekad penuh berdarah selama dua jam ini mengembalikan wira aksi Malaysia, Hairul Azreen, yang disaksikan dalam dua filem Teh sebelum ini, Paskal dan Wira.



Kali ini, pelakon teater Iedil Dzuhrie Alaudin pula menjadi teraju utama yang digandingkan dengan Hairul. Turut berlakon dalam filem ini adalah Henley Hii, Coby Chong, Chew Kin Wah dan Farali Khan.



Secara umum, filem ini mengisahkan tentang Zafik (lakonan Iedil) yang tersilap didakwa dan dipenjarakan kerana disangka menyebabkan kematian isteri dan anak lelakinya, sesuatu yang tidak dilakukannya. Sebaliknya, ia merupakan musibah yang dilakukan seseorang yang pernah rapat dengan Zafik sebelum ini.



Sewaktu menjalani hukuman bagi 'jenayahnya' itu, Zafik bertemu Feroz (Hairul) yang mendakwa dirinya adalah sepupu arwah isteri Zafik.



Apabila Zafik dibebaskan daripada penjara, dia menjadi pembantu Feroz dan memulakan misi berdarah bersemuka dan melenyapkan setiap orang yang secara langsung atau tidak terlibat dalam pembunuhan orang tersayang dalam hidupnya.



Dari masa ke masa, Zafik menyedari Feroz bukanlah sahabat yang ingin membantunya membalas dendam.



Ada banyak babak ngeri melibatkan Feroz mengerat jari salah seorang lelaki yang diserang bersama Zafik.



Watak sahabat baik Zafik yang dilakonkan Hii pula menggunakan besi tajam dari cengkaman jari-jemarinya untuk menusuk dan menoreh dan mencabut telinga mangsa - sesuatu yang biasa ditonton dalam filem aksi Hong Kong dan Hollywood.



The Assistant dengan rating NC16 ini mempunyai ulitan plot yang tidak dijangka. Watak penjahat sinis dengan gelak tawa yang menyeramkan yang dibawa dengan penuh berkesan oleh Hairul memang berbeza daripada watak wira yang beliau paparkan dalam filem aksi sebelum ini. Ia cukup meyakinkan bak penjahat kejam yang tiada ihsan dan terbenam dalam dunia sendiri.



Terdapat banyak isu persahabatan, kepercayaan dan juga pilihan hidup yang dikupas dalam filem ini. Peluru berterbangan di udara, membuatkan sasaran juga bergelimpangan di tempat makan dan terdampar dari balkoni.



Bagi mereka yang ingin rehatkan minda, ini bukan filemnya sebab anda akan tertarik untuk sama-sama mengekori watak utamanya dalam misi tidak berkesudahan dengan pelbagai tanda tanya bermain di minda.



Iedil memang hebat dengan permainan emosinya. Hii pula sajak benar memainkan watak budak nakal dengan rambut perang dan tatu penuh pada badan. Lakonannya meyakinkan.



Jika anda sudah lama tidak menyaksikan filem aksi Melayu yang mendebarkan, The Assistant yang diperkenalkan di mata dunia menerusi tayangan perdana dalam Pesta Filem Far East di Udine, Italy, pada 22 April lalu, adalah jawapannya.



Bagi memenangi sepasang tiket tajaan Golden Village untuk menyaksikan The Assistant di pawagam Golden Village Suntec City pada 7.15 malam, 18 Mei (Rabu), jawab soalan berikut.



Siapakah pengarah filem The Assistant? Kirimkan jawapan anda berserta nombor telefon bimbit kepada haryani@sph.com.sg selewat-lewatnya 10 pagi Rabu (18 Mei).



Nota: The Assistant bakal ditayangkan di pawagam setempat pada Khamis (19 Mei).



 



 



 



 



 



.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >