Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Aura Raja Kollywood, Rajinikanth, pelaris ‘Jailer’

Aug 28, 2023 | 05:30 AM



Bintang India ternama, Rajinikanth, menguasai kutipan box-office apabila filem terkininya yang ditayangkan serata dunia pada 10 Ogos, Jailer, mengumpulkan AS$66 juta ($89.5 juta).


Filem Tamil itu mengumpulkan AS$41 juta dalam pasaran India sahaja bagi tempoh tayangan 12 hari, lapor laman Forbes.


Jailer dikatakan melepasi kutipan 500 crore ($82 juta) di pasaran ‘box-office’ sejagat dan merupakan filem Tamil kedua yang mencapai prestasi membanggakan sepanjang sedekad lalu dalam sejarah Kollywood.


Filem itu perlahan-lahan mula mencipta nama sebagai filem India paling laris sepanjang zaman.

Sebuah lagi filem Rajinikanth yang lebih berjaya daripada Jailer buat masa ini adalah 2.0 yang diterbitkan pada 2018 dan mengutip 776 crore.


Jailer diarah Nelson Dilipkumar dan turut menampilkan Ramya Krishnan, Priyanka Mohan dan Vasanth Ravi dalam peranan utama.


Pelakon teater veteran, Makrand Deshpande, bintang Bollywood, Jackie Shroff, bintang Malayalam, Mohanlal, serta pelakon Kannada, Shiva Rajkumar, juga muncul secara ringkas dalam beberapa peranan istimewa dalam filem terbitan Sun Pictures.

Apa yang menarik adalah Jailer diterbitkan di kala terdapat banyak pilihan untuk penggemar filem terbitan India. Yang menampakkan kejayaan adalah filem Sunny Deol, Gadar 2, OMG 2 oleh Akshay Kumar dan Bholaa Shankar oleh Chiranjeevi.


Buat masa ini, Gadar 2 mendapat kutipan ‘box-office’ terbanyak dunia dengan kutipan hampir AS$70 juta.


Sementara itu, ramai yang tertawan pada filem Rajinikanth, Jailer, kerana watak Muthuvel Pandian yang dibawanya. Muthuvel Pandian adalah penjaga penjara dan bekas polis yang hidup aman damai selepas persaraan tetapi didesak memasuki zon keganasan bagi membalas dendam terhadap kematian anak lelakinya.


Pada usia melepasi 70 tahun, Rajinikanth masih lagi berkarisma untuk keluar daripada zon selesanya untuk membawakan watak aksi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >