Topik diikuti
Pergi ke BHkuAwi ghairah pelbagai projek menanti 2020
Premium
Awi ghairah pelbagai projek menanti 2020
Penyanyi bakal ganding dengan idolanya, J.R. Richards rancang persembahan di negara jiran, Aust dan NZ selain bimbing bakat muda serta kanak-kanak autistik melalui terapi muzik
Awi ghairah pelbagai projek menanti 2020
TEMUI IDOLA: Awi Rafael (kanan) bersyukur dapat jadikan 2020 sebagai tahun menebar idea kreatif setelah berpeluang merakam dua lagu pencetus inspirasi dendangan asal kumpulan Dishwalla, 'Every Little Thing' dan 'Angels or Devils', bersama idolanya, J.R. Richards (kiri) yang juga merupakan vokalis Dishwalla. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Dec 8, 2019 | 5:30 AM
JIKA 2019 yang bakal dilabuhkan tirainya membawa banyak pengajaran yang disulami rintihan jiwa, penyanyi dan penggubah lagu Awi Rafael tidak sabar menanti 2020 bagi menggerakkan pelbagai projek baru.
Malah, beliau amat bersyukur dipertemukan dengan idolanya sejak zaman remaja, penyanyi, penerbit album dan penggubah lagu, J.R. Richards, yang merupakan penggerak band rok alternatif Amerika, Dishwalla.
