Awie gagahkan diri bagi 'Konsert Fabulous Friday: Wings'
Teruskan konsert demi peminat walau kurang sihat
Jul 20, 2022 | 5:30 AM
SEJARAH TERCIPTA: Awie (tiga dari kiri) sempat menerima rawatan di hospital selepas konsert pertama dan kembali keesokan hari dan berjaya laksanakan konsert malam kedua bagi mencipta kenangan terindah bagi ahli kumpulan Wings di Dewan Filharmonik Petronas. - Foto NST -
KUAT SEMANGAT: Meskipun tidak sihat, Awie harungi konsert dua malam dan persembahkan 33 buah lagu. - Foto INSTAGRAM ADESENIBRO -

BIARPUN terpaksa berbekalkan ubat di atas pentas kerana kurang sihat, penyanyi rok Datuk Awie tetap meneruskan persembahan malam kedua Konsert Fabulous Friday: Wings Di DFP yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), di Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).
Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman menjelaskan, beliau enggan memungkiri janji dengan peminat Wings yang telah membeli tiket.