Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ayda Jebat tidak selesa perut dipegang orang tidak dikenali

Oct 06, 2023 | 03:00 PM



Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, baru-baru ini menimbulkan isu yang dianggap amat sensitif bagi wanita hamil sepertinya.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat menyuarakan tidak keselesaan apabila ada orang, terutamanya yang tidak dikenali, sengaja mahu memegang perut.

“Mommies (ibu-ibu). Mommies selesa tak kalau tengah mengandung, orang tiba-tiba kat luar pegang-pegang perut mommies?

“Saya minta maaf. Saya okey saja kalau nak swafoto pegang bahu ke, tangan saya, itu dah biasa, tetapi tengah mengandung ini, sensitif dia lain sikit bila kakak-kakak atau makcik-makcik jumpa, terus pegang, raba-raba perut kita,” tulisnya di akaun Instagram.

Bagaimanapun, beliau akur berasa serba salah untuk menegur tindakan mereka.

“Nak tegur, tapi tak terkeluar pula kata-kata. Faham kadang-kadang mak cik teruja. Tapi, harap faham situasi kita dan terima kasih atas doa yang baik untuk saya dan bayi. Itu sudah memadai.

“Ada yang sambil pegang, sambil (berkata) ‘acik kalau kuis macam ini saja dulu, bayi dah tendang. Kejap, tunggu anak Ayda tendang tak’. Saya muka dah petak (muka kelat).

Ayda yang kini sarat hamil anak kedua dijangka melahirkan bayi pada awal Disember ini.

Ayda mendirikan rumah tangga bersama pengacara dan ahli perniagaan, Nabil Mahir pada Januari 2021.

Mereka dikurniakan anak perempuan Ana Nayla pada 21 September tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >