Premium
Azharina kembali 'menyengat'
Dec 6, 2016 | 5:30 AM
MEMBUAT JURI MENITISKAN AIR MATA: Azharina (tengah) menumpaskan Siti Sarah (kiri) dan Zarul setelah dengan penuh penjiwaan mendendangkan lagu Nike Ardilla. Azharina yang membuat dua anggota juri menitiskan air mata menerima wang tunai RM100,000, trofi, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Italy dan rantai mutiara RM30,000.- Foto FARAH REZAL -
SHAH ALAM, SELANGOR: SANGKA Azharina Azhar zaman gemilangnya sudah berlalu bahkan dirinya ialah penyanyi yang sudah dilupakan.
Bagaimanapun, apabila pelantun lagu 'hit' Elegi Sepi itu mula menyanyikan medley lagu idola dan sahabat karibnya, Allahyarhamha Nike Ardilla, Mama Aku Ingin Pulang dan Izinkanlah, di pentas akhir Gegar Vaganza 3 kelmarin, serta-merta penangan bintangnya kembali 'menyengat'.

