Premium
AZHARINA tak sangka mampu menghibur seperti dulu
Penyanyi kini berjaya sebagai penerbit dokumentari
Nov 3, 2016 | 5:30 AM

BAWA PENONTON 'TERBANG' KE JAMAICA: Dengan gaya bersahaja, Azharina Azhar yang tampil di pentas Gegar Vaganza 3 dengan kostum berwarna-warni serta rambut pintal ala wanita Jamaica, memikat juri dan penonton dengan lagu Bob Marley, 'No Woman No Cry'. - Foto SUARA SABAH -
DENGAN rambutnya dipintal ala wanita Jamaica, pelantun lagu Elegi Sepi, Azharina Azhar, tampil dengan pakaiannya yang berwarna kuning, hijau dan merah, Ahad lalu.
Sejurus suara lunak lagi uniknya berkumandang mendendangkan lagu Raja Reggae Bob Marley, No Woman No Cry, di Dewan Majlis Bandar Raya Shah Alam, penonton bagaikan dibawa terbang ke kepulauan eksotik Jamaica.

