Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Azmi, Dinie celik hati menghibur

Dec 28, 2021 | 05:30 AM



DI sebalik masalah penglihatan yang dihadapi, vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat, dan finalis Big Stage 3, Dinie Rashid, tiada yang menafikan kehebatan vokal mereka.



Mereka malah disifatkan beberapa warganet sebagai celik hati menghiburkan hati peminat.



Azmi, 34 tahun, yang berduet bersama Aweera, 30 tahun, dalam lagu malar segar Alleycats, Setahun Sudah Berlalu, memukau ramai dengan suaranya yang luar biasa merdu.



Aweera di dalam Instagramnya memberi bayangan mereka akan bekerjasama lagi pada masa akan datang.



Kata warganet Yumil Fara:



"Terima kasih Azmi kerana menjadi rakan duet Aweera. Gandingan anda berdua sangat padu."



Watachiwa Azinsa pula menambah:



"Boleh selalu-selalu buat kolaborasi macam ini. Sis suka."



Dinie, 29 tahun, yang mempunyai masalah penglihatan kabur sejak usia sembilan tahun pula nampaknya bersahaja menyanyi sambil membawa watak sebagai pelajar nakal dalam persembahan bersama peserta GV8, Ani Maiyuni, 43 tahun.



Lagu yang dinyanyikan ialah Chikadun, dendangan asal band Floor 88.



Ani membawa watak guru dalam persembahan tersebut.



Peminat kelab peminat Dinie Rashid, DinieRusherz, berkata:



"Boss, apa ni... sampai hati buat kami jatuh hati."



Irin Putri pula menulis:



"Saya terhibur dengan persembahan Dinie dengan Ani tadi. Nampak selesa betul di pentas."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >