Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Azri Iskandar mulai renggang dengan tunang yang dikata ‘scammer’

Oct 26, 2023 | 03:59 PM



Pelakon Malaysia, Azri Iskandar, belum mempunyai perancangan mendedahkan teman wanita yang dikenali sebagai Dr Azra biarpun sudah lebih setahun menjalinkan hubungan.

Dalam masa sama, Azri atau nama sebenarnya, Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, 55 tahun, turut menepis dakwaan teman wanitanya itu tidak wujud dan hanya watak rekaan.

“Tak boleh dedah sebab tak dapat green light (lampu hijau) lagi. Saya dituduh gila dan mereka-reka, tapi Dr Azra memang wujud. Kawan-kawan di Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) kenal Dr Azra. Batchpelakon Nam Ron kenal dia sebab pernah buat diploma di Aswara, kemudiannya ijazah sehingga Doktor Falsafah (PhD) di Amerika Syarikat.


“Dr Azra berusia 44 tahun, belajar muzik, banyak menulis skrip dan sekarang menulis dokumentari RTM,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM) Online ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem seram, Kutukan Sembilan Setan, di sebuah pusat beli-belah.


Azri mengakui, ramai pihak yang memintanya mencari wanita lain termasuk bekas isteri, Ellie Suriaty.

“Saya amat terganggu. Anak-anak, malah bekas isteri, Ellie, pun anggap Dr Azra ‘scammer’. Ellie sampai sekarang suruh saya cari wanita lain. Saya ada keluar dengan seseorang, Ellie kata okay, jangan Dr Azra sebab ‘scammer’.

“Dari sudut lain, Dr Azra selamat sebab orang tak kenal, tapi sayalah jadi mangsa. Tak mengapa saya terima ini sebagai satu ujian. Anak-anak pun ada cakap suruh cari wanita lain sebab Dr Azra macam tak ikhlas. Apa salah tunjuk sekeping gambar untuk beritahu mengenai kewujudannya.

“Isunya sekarang orang ingat Dr Azra tak wujud, hanya ada dalam otak saya, tapi dia memang ada,” katanya.

Azri mengakui sedang mengenali beberapa wanita lain berikutan mulai tawar hati terhadap Dr Azra memandangkan mereka juga semakin kurang berhubung.

“Iyalah, dia pun tidak menyokong. Kalau saya, munculkan diri sebab tak tergamak dituduh gila, itu barulah sayang.

“Itulah sudah setahun lebih begini, saya rasa biarlah begitu sahaja. Sebelum ini, kami berhubung, setiap hari, tapi sekarang sudah tidak.

“Namun, kami masih sesekali bertanya khabar,” katanya.

Bertanya sama ada mahu meneruskan hubungan ke peringkat lebih serius, Azri berkata beliau perlu mempertimbangkan semula keputusan mendirikan rumah tangga bersama Dr Azra.

“Tengok macam mana, sebab saya dengan Dr Azra pun sudah mulai renggang.

“Saya nak betulkan keadaan dan nak kepastian daripada Dr Azra barulah saya boleh cakap. Tapi, saya percaya dia tak ke mana, ada sahaja.

“Kami tak bergaduh, cuma hubungan renggang sebab kami jarang dapat berjumpa.

“Saya dan Dr Azra sempat keluar empat kali, tapi sekarang sudah lama tak berjumpa sebab dia sibuk dan selalu ‘outstation’.

“Dr Azra pun akan berlakon dan sedang berlatih Muay Thai untuk filem Disember depan. Kita boleh tengok Dr Azra pada majlis pelancaran filem,” katanya.

Pada 29 Jun 2022, Azri mendedahkan sudah bertunang dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Dr Azra di kediaman wanita itu di Kangar, Perlis.

Pasangan ini sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hujung 2022 dan sudah beberapa kali menangguhkan perkahwinan.

Sebelum itu, Azri dan bekas isterinya, Ellie, bercerai talak satu pada 17 Mei 2022. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar, 18 tahun dan Nur Azreen, 14 tahun.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Azri juga dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31 tahun, Farah Qistina, 29 tahun dan Nur Anis Mastura, 27 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >