Topik diikuti
Pergi ke BHkuAzzah jadi guru seni, anjur bengkel Arterly
Azzah jadi guru seni, anjur bengkel Arterly
Bakat mereka dalam bidang lakonan terserlah di kaca televisyen. Namun, empat orang pelakon berkobar-kobar mencari kemahiran lain demi menambah ilmu selain memenuhi minat peribadi mereka. Azzah Fariha Samat, Haryani Othman, Suzairhe Sumari dan Adlina Adil berkongsi cerita.
Azzah jadi guru seni, anjur bengkel Arterly

MINAT SENII: Pelakon, Azzah Fariha Samat, meluangkan waktu lapang untuk mengajar seni dan rekaan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun. - Foto TUKIMAN WARJI -
Feb 14, 2014 | 6:00 AM
MINAT mengajar seni dan kraftangan kepada kanak-kanak telah memberi ilham kepada pelakon Azzah Fariha Samat, 27 tahun, menganjurkan satu bengkel seni pada waktu lapang.
Azzah telah mengajar kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun melalui bengkel seni yang diberi nama Arterly pada cuti sekolah Disember lalu dan bakal mengadakan satu kelas baru mulai 1 Mac depan.