Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

REVIU FILEM

Babak 'rempit' bising tapi plot buat ngantuk

Nov 28, 2022 | 05:30 AM



BAYANGKAN keadaan pawagam bising dengan bunyi motosikal 'rempit' dan irama runut bunyi muzik hip hop berulang-ulang.



Di sebalik segalanya yang membingitkan pendengaran dipapar dalam filem Remp-It 2, mata ini terasa nak terlelap.



Ini turut dikongsi teman sebelah yang dari awal sudah mula berbual tentang destinasi makan tengah hari kami selepas sesi pratonton filem ini.



Remp-It 2 ialah filem aksi arahan Farid Kamil, yang turut tampil selaku watak utama filem tersebut.



Ia adalah susulan bagi filem pertama Remp-It arahan Ahmad Idham pada 2006.



Kali ini, Remp-It 2 menyorot kisah 13 tahun selepas itu di mana Madi (lakonan Farid) dan Spark (Niezam Zaidi) sudah membina hidup masing-masing.



Madi kini tenaga pengajar di pusat latihan motosikal 'scrambler' yang dimiliki Roy dan mengendalikan bengkel bersama Macha (Cat Farish).



Macha pula sudah hidup bahagia dengan isterinya, Ieka (Julia Hana) dan anak mereka, tetapi kegembiraan mereka tidak lama.



Filem ini turut dibintangi buat julung-julung kalinya anak sulung Farid, Muhammad, sembilan tahun, yang berminat membawakan watak aksi ala dalam filem J Revolusi yang turut dilakonkan bapanya.



Farid berkata dalam satu wawancara bersama laman mStar Online anaknya masih bertatih dalam dunia lakonan. Lantaran itu, Remp-It 2 adalah permulaan yang baik baginya.



Muhammad berlakon sebagai anak yang tiba-tiba muncul dalam hidup Madi di atas kenakalan zaman muda belianya.



Persoalan yang cuba diketengahkan dalam filem Remp-It 2 ini ialah bagaimana Madi cuba mengubah sikapnya yang kaki 'merempit' untuk menjadi ayah lebih bertanggungjawab buat Muhammad.



Kasih sayangnya dapat dilihat. Kelembutan hatinya mengatasi sikap panas barannya dahulu.



Namun, persoalan ini tidak begitu diketengahkan lebih lagi dek jalan cerita yang agak bercelaru dan tiada hala tujunya.



Penonton kerap disajikan dengan paparan perlumbaan motosikal yang cuba Madi sertai lagi sebagai 'orang lama' dalam sukan lumba motosikal itu dan bagaimana Muhammad sering dipesan untuk tidak merayau di litar lumba berkenaan.



Kemudian ada babak permusuhan antara Madi dengan Spark dan kenakalan Macha sehingga membuat isterinya marah.



Kerana tiada klimaks pada jalan cerita ini, kebosanan mula menyelinap dalam jiwa penonton.



Remp-It 2 mungkin lebih sesuai buat mereka yang digelar 'Mat Rempit' meskipun Farid menafikannya dan menyifatkannya sebagai filem yang sesuai ditonton segenap lapisan masyarakat.



Seribu motosikal dilibatkan dalam filem ini meskipun pelibatan ribuan pelakon tambahan yang juga ahli kelab motosikal Kelab Spark Malaysia dibatalkan.



Ia hanya memberi jawapan pada persoalan apakah Madi mati selepas filem pertama yang menunjukkannya terlibat dalam kemalangan ngeri gara-gara penganiayaan Spark.



Mungkin juga kelancaran filem ini terjejas dek perbezaan kreatif yang awalnya berlaku antara Farid dan pelakon Zul Huzaimy, yang sepatutnya mengarah bersama filem ini dan meneruskan peranannya sebagai Spark.



Walau apa pun, jika ada keinginan untuk menyambung kisah Madi dan rakan-rakannya dalam Remp-It 3, seperti yang tertera pada hujung filem ini, diharapkan Farid dapat mengusahakan jalan cerita lebih mantap dengan aksi lebih mendebarkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >