Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Badan baru satukan penggiat seni Melayu

PRIHATIN ingin pupuk bakat menerusi kegiatan seni untuk masyarakat, jaga kebajikan aktivis
Sep 21, 2021 | 05:30 AM



SEKUMPULAN 19 penggiat seni kini sepakat untuk menubuhkan sebuah pertubuhan bagi menyatukan penggiat seni Melayu tanah air selain merancakkan lagi usaha pengembangan program seni dan budaya di sini.



Di samping itu, pertubuhan yang dinamakan PRIHATIN (Penggiat Seni Melayu Singapura) ini mahu menjaga kesejahteraan dan kebajikan penggiat seni Melayu yang sakit dan memerlukan.



Penubuhan PRIHATIN yang kini dalam proses pendaftaran sebagai sebuah badan tidak mencari untung di bawah Pendaftar Persatuan (ROS) digerakkan oleh pelakon veteran, 'Joe Jasmi', atau nama sebenarnya Jasmi Md Nor.



Beliau yang telah dilantik sebagai Presiden PRIHATIN menerangkan PRIHATIN telah dibentuk dalam dua hingga tiga bulan lalu.



Menerangkan usaha penubuhannya kepada Berita Harian baru-baru ini, pelakon mapan itu berkata:



"Saya terkesan dengan apa yang berlaku ke atas Allahyarham Alias Kadir dan bagaimana sokongan padu dihulurkan kepadanya. Jadi saya terfikir alangkah baik jika diadakan sebuah pertubuhan yang menyatukan penggiat seni dan kita saling menjaga kebajikan satu sama lain. Jadi disebabkan itu maka tertubuhlah PRIHATIN.



"Kami juga merasakan ada keperluan PRIHATIN menjadi wadah dalam menggembleng tenaga sesama kita, mengadakan program kesenian bagi mendekati masyarakat dan mewujudkan program pengembangan bakat demi mengharungi keadaan semasa dan akan datang yang semakin mencabar.



"Pada masa yang sama, kami juga melihat pemergian seorang demi seorang penggiat seni kita dan antara mereka menghadapi kesukaran dalam mengharungi kehidupan dan memerlukan bantuan. Jadi kami peduli dan prihatin akan hal ini," ujar seniman veteran itu.



Menurut beliau, pertemuan sulung telah diadakan pada 17 Julai lalu yang menarik kehadiran 10 seniman termasuk pelakon Anwar Hadi Ramli, pereka tari Osman Hamid dan pelukis Adi Yadoni sementara pertemuan kedua pada 10 September lalu, menyaksikan penyertaan lebih ramai seniman dan karyawan seni, termasuk Rosalina Musa, Khairudin Shamsudin dan Didicazli Ismail.



Pertemuan bagi kedua-duanya diadakan di pejabat dan bilik latihan Teater Tari Era di Goodman Arts Centre berhampiran Stadium Kallang.



Hasil pertemuan ini menyaksikan PRIHATIN sekarang dimantapkan dengan sokongan 19 penggiat seni dari pelbagai bidang.



Mereka ini, menurut Timbalan Presiden PRIHATIN, Moliano Rasmadi, datang dari pelbagai bidang seni - lakonan, muzik, tari, lukisan, persuratan, komedi dan sebagainya.



"Kami kini ada 19 anggota yang sedia menyahut cabaran. Kami akan bekerjasama dengan pelbagai pertubuhan kesenian, pertubuhan kebajikan dan agensi-agensi pemerintah.



"Dalam perbincangan antara kami, kami dimaklumkan terdapat sekitar 20 artis kita kini sakit dan memerlukan bantuan, baik bantuan kewangan mahupun makanan dan lain-lain.



"Kami merasakan satu pendekatan aktif adalah baik kerana kebanyakan mereka sakit bagi satu tempoh yang panjang. Kami terkesan kerana mereka pada suatu ketika memberi sumbangan besar dalam menyemarakkan dunia hiburan dan seni tanahair.



"Sebagai permulaan, kami akan mengadakan satu konsert amal menerusi FB 'Live' pada 8 malam, 22 September ini untuk membantu mengumpul derma untuk penyanyi kumpulan Nuradee, Mohd Noor Abdullah, yang kini sakit teruk," ujarnya.



Menyentuh tentang matlamat PRIHATIN, Joe Jasmi melahirkan harapan ia berkembang dan mampu menaungi semua penggiat seni tanpa mengira bangsa dan menjadi sebuah institusi bertaraf awam (IPC) dalam masa mendatang.



Moliano menambah, PRIHATIN dalam pembentukannya ini akan menerapkan dasar tadbir urus korporat dan pengurusan kewangan seperti digariskan untuk sektor kebajikan di bawah Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS).



Sebagai mengesahkan keberadaannya, PRIHATIN telah mengadakan laman Facebook rasmi - PRIHATIN Singapura.



Pengarah Projek PRIHATIN, Husin Saaban berkata, pihaknya merancang mengadakan konsert amal selepas PRIHATIN disahkan pendaftarannya oleh ROS.



"Doakan usaha kami berjaya. Kami di PRIHATIN melakukan kesemua ini secara sukarela.



"Tujuan PRIHATIN semata-mata adalah untuk saling menjaga kesejahteraan antara kita. Saya bersyukur ramai yang sedia tampil untuk menjayakan konsert ini. Ini satu permulaan yang baik sebelum kita melangsungkan acara lain bagi manfaat lebih ramai penggiat seni kita," ujarnya.




"Saya terkesan dengan apa yang berlaku ke atas Allahyarham Alias Kadir dan bagaimana sokongan padu dihulurkan kepadanya. Jadi saya terfikir alangkah baik jika diadakan sebuah pertubuhan yang menyatukan penggiat seni dan kita saling menjaga kebajikan satu sama lain. Jadi disebabkan itu maka tertubuhlah PRIHATIN."
- Presiden Prihatin, Joe Jasmi.




JAWATANKUASA SEMENTARA (PROTEM) PRIHATIN (PENGGIAT SENI MELAYU SINGAPURA)



1. Presiden - Jasmi Md Nor (Joe Jasmi)



2. Timbalan Presiden - Moliano Rasmadi



3. Setiausaha - Alang Budiman



4. Penolong Setiausaha - Nurfarhana Mohd Noor



5. Pemangku Penolong Setiausaha / Pengurus Media Sosial - Nordalifah Mohd Shahril



6. Bendahari - Rena Syafiqah Rosmadi



7. Penolong Bendahari - Mas'uniati Maswari



8. Pengarah Projek - Husin Saaban



9. Penolong Pengarah Projek I - Rafaat Hamzah



10. Penolong Pengarah Projek II - Yusman Umar



11. Pengarah Seni Untuk Masyarakat - Osman Hamid



12. Pengarah Perhubungan Awam - Azman Shariff



13. Pengarah Perhubungan Wanita - Nurijah Sahat



14. Penolong Pengarah Perhubungan Wanita - Rosalina Musa



15. Pengarah Keagamaan dan Kebajikan Artis - Shariff Mohd Shahar



16. Penolong Pengarah Keagamaan dan Kebajikan Artis - Marsilah Mahfudz



17. Penasihat Program Bantuan Artis - Didicazli Ismail



18. Pengarah Kreatif Pemasaran/Iklaneka Digital - Saifulbahry Salleh



19. Penolong Pengarah Pemasaran/Iklaneka Digital - Khairudin Samsudin




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >