Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Badan pemerhati bimbang bahan pornografi GenAI kanak-kanak tular

Oct 25, 2023 | 01:48 PM



NEW YORK: Penularan imej pornografi dera seksual kanak-kanak boleh menjadi lebih teruk, jika sesuatu tidak dilakukan untuk meletakkan kawalan ke atas teknologi kecerdasan buatan generatif (GenAI), yang berupaya menghasilkan gambar palsu, menurut sebuah badan pemerhati Internet.


Dalam laporan bertulis, Internet Watch Foundation (IWF) yang berpangkalan di United Kingdom (UK), menggesa kerajaan dan penyedia teknologi supaya bertindak segera sebelum imej penderaan seksual kanak-kanak yang dijana AI lebih menular dan mengatasi pihak berkuasa.

“Kami tidak bercakap tentang bahaya yang mungkin berlaku,” kata Encik Dan Sexton, ketua pegawai teknologi kumpulan pengawas itu.

“Ia sedang berlaku dan ia perlu ditangani sekarang.”

Dalam kes pertama seumpamanya di Korea Selatan, seorang lelaki dikenakan hukuman penjara dua setengah tahun pada September kerana menggunakan AI untuk mencipta 360 imej dera kanak-kanak, menurut Mahkamah Daerah Busan.

Dalam beberapa kes lain, kanak-kanak menggunakan teknologi itu untuk membuli rakan mereka.

Di sebuah sekolah di barat daya Sepanyol, polis telah menyiasat dakwaan remaja menggunakan aplikasi telefon untuk menjana imej rakan sekolah mereka dalam keadaan bogel.

Laporan itu mendedahkan sudut gelap perlumbaan membina sistem GenAI yang membolehkan pengguna memberi arahan dengan menaip frasa tentang apa yang mereka ingin hasilkan – daripada menulis e-mel, menghasilkan karya seni hingga mencipta video baru – GenAI boleh menghasilkannya.

Jika ia tidak dihentikan, penularan imej dera seksual kanak-kanak boleh menyukarkan tugas penyiasat yang cuba menyelamatkan kanak-kanak daripada menjadi mangsa di ruang maya. Pelaku juga boleh menggunakan imej untuk mencari dan memikat mangsa baru.

Encik Sexton berkata sejak beberapa tahun lalu, penganalisis IWF menemui wajah kanak-kanak terkenal dalam talian serta “permintaan besar-besaran untuk mencipta lebih banyak imej kanak-kanak yang didera”.

“Pelaku mengambil kandungan sebenar dan menggunakannya untuk mencipta kandungan baru yang menggabungkan wajah atau tubuh mangsa,” katanya. “Ia sangat mengejutkan.”

Encik Sexton berkata pertubuhannya, yang memberi tumpuan kepada usaha memerangi penderaan seksual kanak-kanak dalam talian, sejak awal 2023 mula memaparkan laporan mengenai imejan lucah yang dijana AI.

Ini membawa kepada siasatan ke atas forum di web gelap atau rangkaian Internet yang disembunyikan agar sukar diakses orang biasa.

Apa yang ditemui oleh penganalisis IWF ialah pendera kian berkongsi petua dan menguar-uarkan tentang betapa mudah menghasilkan imej pornografi kanak-kanak.

Ada juga yang berdagang dan cuba mengaut keuntungan daripada imej sedemikian yang kelihatan semakin ‘hidup’.

“Apa yang kita mula lihat ialah ledakan kandungan ini,” kata Encik Sexton.

Walaupun laporan IWF bertujuan menandakan masalah yang semakin meningkat lebih daripada menawarkan preskripsi, ia menggesa kerajaan supaya mengukuhkan undang-undang demi memudahkan langkah memerangi penyalahgunaan GenAI. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >