Premium
Bakal suamiku ustaz... teka-teki jodoh Neelofa terjawab
Dua topik dalam dunia hiburan hangat dibincangkan pada Ahad malam di media sosial. Pertama, ramai warganet khususnya peminat usahawan selebriti dan pempengaruh sosial Neelofa gembira bintang itu dirisik pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz. Kedua, peminat rancangan realiti Gegar Vaganza 7 kecewa dua kumpulan Eva dan Indigo tersingkir daripada pertandingan lantas merasakan pihak Astro perlu ada pertandingan versi kumpulan sahaja. BERITA HARIAN melaporkan.
Nov 3, 2020 | 5:30 AM
DIJADUALKAN BERNIKAH MAC TAHUN DEPAN: Ramai yang menjangkakan pendakwah bebas, PU Riz, bakal menyunting usahawan selebriti dan pengacara Neelofa sebagai isteri akhirnya mendapat pengesahan pasangan ini akan mendirikan rumah tangga sekitar Mac tahun depan menyusuli majlis merisik kelmarin. - Foto INSTAGRAM NOOR KARTINI NOOR MOHAMED/FAIL -
TANDA tanya yang bermain di fikiran warganet mengenai mungkinkah pengacara dan usahawan selebriti Neelofa bakal mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas PU Riz akhirnya terjawab kelmarin.
Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, berkongsi gambar dan catatan di Instragram peribadinya mengenai kesyukuran yang dirasakan apabila puterinya bertemu dengan insan istimewa yang bakal membimbingnya.

