KENANGAN manis duduk sebelah arwah neneknya dan menganyam ketupat serta mengisi kelongsong ketupat dengan beras sambil menonton program hiburan malam Raya sentiasa menggamit memori bakat baru Singapura, Rae Saleha.

Setelah bertahun dewasa dengan menyaksikan artis Singapura berhimpun dan berkongsi pentas Sinar Lebaran, Rae, 30 tahun, tidak sangka dapat dilibatkan dalam rancangan ini bahkan berpeluang menemui idolanya seperti pelawak Suhaimi Yusof dan pengacara dari seberang Tambak, Elly Mazlein.