Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bakat cilik dan remaja kota impian nyanyi lagu rakyat

Aug 05, 2023 | 05:30 AM



Mereka mungkin masih dianggap muda remaja dalam kerjaya seni yang baru dibina sejak terdedah pada cabaran memasuki peraduan realiti Juara Mic Junior (Musim Kedua).


Bagaimanapun, bintang cilik Adrianna Putri dan bakat remaja Ahmad Khabir, sentiasa menebar impian untuk menjadi artis muda yang lebih baik dan mampu bertahan membangun cita-cita seni sehingga dewasa.

Pada Sabtu, 5 Ogos, mereka adalah antara lapan peserta terbaik Juara Mic Junior 2 yang akan ditampilkan dalam Konsert Hari Kebangsaan anjuran bersama Mediacorp dan Gardens By The Bay yang akan berlangsung di The Meadow, Gardens By The Bay mulai 4.30 petang.


Adrianna. lapan tahun, yang mula menyanyi seawal usia tiga tahun dan gemarkan lagu-lagu penyanyi Malaysia, Nabila Razali, berkata:

“Saya gembira dapat terus menyanyi selepas Juara Mic Junior. Seronok dapat menyanyi bersama kawan-kawan dalam tiga lagu iaitu Shine Your Light, Semoga Bahagia dan medley lagu rakyat lain.”


Baginya walaupun masih baru dalam dunia seni, dirinya serius ingin menjadikan bidang hiburan sebagai kerjaya apabila dewasa kelak.

“Saya suka dengan bidang nyanyian dan lakonan. Malahan, bersyukur kerana diberi peranan yang mencabar untuk drama Mencari Marina yang menguji keupayaan saya untuk berlakon dan mengawal emosi. Ia peranan paling berat yang saya bawakan sejauh ini. Sebabnya watak Marina adalah yang pernah melalui trauma sebab dirogol. Saya banyak menangis kerana watak ini memang mengerikan saya dan menguji kawalan emosi saya,” ujarnya.


Melalui kerja seni yang dilakukan, Adrianna juga berpeluang menemui idolanya Nabila yang banyak memberinya kata-kata semangat agar terus berjuang dalam bidang seni.

“Saya suka dengan lagu Kak Nabila yang semuanya ‘catchy’. Dari umur saya masih kecil, saya sudah pun menyanyikan lagunya. Apabila dapat berjumpa dengannya pada rakaman Juara Mic Junior 2, saya teruja. Kak Nabila berpesan dengan saya agar tidak kecewa kalau gagal. Cuba dan terus cuba lagi,” tambah Adrianna.


Ahmad Khabir, 13 tahun, yang menampakkan tekad bulat untuk berada dalam persada seni Singapura bagi tempoh yang lama pula menyimpan hasrat membuat persembahan bagi acara sebesar Konsert Hari Kebangsaan untuk umum dari dahulu lagi.

“Saya memang bercita-cita nak buat persembahan di depan khalayak ramai. Alhamdulillah, impian saya tercapai akhirnya. Saya gembira usaha saya tidak sia-sia. Saya menanti lama bagi musim kedua Juara Mic Junior. Beberapa tahun lalu, semasa saya masih kecil, saya memohon untuk menyertai Juara Mic Junior (Musim Pertama) tetapi gagal.


“Sepanjang tempoh itu, saya berlatih bersungguh-sungguh sebab ingin mendapatkan tempat bagi musim kedua kelak. Lama benar saya menanti. Akhirnya, ia menjadi kenyataan dan saya berikan yang terbaik. Walau taklah sehebat mana, saya gembira dapat cuba bidang lain selepas itu seperti berlakon,” katanya.

Ahmad Khabir mempunyai jiwa muzik ‘orang lama’ dan sukakan suara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Zamani.

Lagu Gerimis Mengundang daripada Slam adalah yang paling saya sukai kerana irama dan liriknya. Saya memang terpengaruh dengan lagu yang didengar bapa saya. Bagi saya, ada sesuatu yang istimewa pada muzik orang dulu,” katanya.


Beliau menebar impian ingin terus menjadi bintang tempatan yang mampu mempertingkat prestasinya ke tahap selanjutnya yang boleh dibanggakan.

“Kalau saya layak masuk Anugerah kelak, saya akan mencuba untuk terus asah bakat saya,” tambahnya. – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >