Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bakat S’pura, Space Walk, hadiah lagu buat Noh Salleh

‘It’s Time To Cari Ganti’ khusus untuk vokalis Hujan yang bernikah pada 23 September
Sep 09, 2023 | 05:30 AM



Ada yang pernah memberitahu pemuzik dan penyanyi Singapura, Firdaus Jumaat, yang dikenali dengan nama pentas Space Walk, usah temui idola anda kerana anda akan dikecewakan.

Beliau tidak tahu mengapa pesanan itu berbunyi begitu dan dari mana datangnya takrifan si idola biasanya akan menghampakan.

Bagaimanapun, pengalaman Firdaus, 28 tahun, bersua muka dengan Noh Salleh, vokalis Hujan yang menjadi sumber inspirasinya tidak membuatnya terasa hambar.

Bahkan, Firdaus berupaya menjalin kerjasama dan menjalin persahabatan dengan Noh, 36 tahun, dan telah merakam lagu bersama yang simbolik dan berjudul It’s Time To Cari Ganti.


Lagu itu ibarat hadiah istimewa buat Noh, yang menduda tetapi bakal mendirikan rumah tangga dengan lulusan undang-undang, Fatin Athirah Mustapa, 30 tahun, pada 23 September ini.

Sebelum ini, Noh bernikah dengan usahawan dan penyanyi Mizz Nina, 43 tahun, pada 2011 tetapi jodoh mereka tidak lama. Mereka berpisah pada Ogos 2022.

It’s Time To Cari Ganti akan dimuatkan dalam album Melayu pertama Space Walk, Selamat Malam Pujangga, yang sedang diusahakan.


Lagu pertama, Irama, untuk album, yang dicipta untuk mendodoi anaknya yang berusia 11 bulan sudah pun boleh didengar di gedung digital Spotify kini.


Pada Ahad pula, Space Walk yang sebelum ini menghasilkan lagu Inggeris, akan membuat persembahan di Teater Luar DBS Foundation di Esplanade pada 6.30 petang dan 8 malam bagi persembahan percuma sempena Bulan Bahasa, Cipta Cita, kendalian pusat seni itu.


Ikuti apa kata lulusan Diploma Seni Sonik ini dalam wawancara bersama Berita Harian (BH).


Soalan (S): Apakah yang buat anda pilih muzik sebagai kerjaya?


Space Walk: Saya bermain muzik sejak di bangku sekolah rendah. Saya belajar memetik gitar dan dari situ, saya memasuki pula bidang penerbitan muzik memandangkan saya terdedah pada bidang ini ketika mengambil Diploma Seni Sonik di Politeknik Republic (RP).


Kemudian dari peringkat Perkhidmatan Negara (NS) hingga sekarang, saya bergerak dengan nama pentas Space Walk. Saya pernah menganggotai sebuah band tetapi saya terasa ingin hasilkan sesuatu yang peribadi.

Justeru itu, saya mula bermain alat muzik lain, dram dan gitar bes. Setiap alat muzik itu penting. Kerja penerbitan buat saya terasa seakan saya berjalan di ruang angkasa, menembusi zon artis lain.

S: Ceritakan tentang album
Melayu pertama yang sedang usahakan


Space Walk: Saya cadang muatkan album ini dengan tujuh lagu. Mengapa tujuh? Sebab ‘7’ adalah nombor jersi pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo. Walaupun beliau bukan pemuzik, saya amati dan terinspirasi dengan kerja kerasnya. Beliau membuat saya bersemangat habiskan album Selamat Malam Pujangga.


Album ini eksperimental. Ia bukan album pop. Ia memiliki banyak dimensi dan menggambarkan perjalanan muzik saya.

Lagu pertama, Darah Muda, adalah mengenai perjalanan hidup seseorang yang masih muda. Semua nak dicubanya, baik yang berbahaya atau sebenarnya bodoh. Melalui kehidupan itu sendiri, menemui diri sendiri pada penghujung perjalanan kita adalah sesuatu yang harus kita tekankan.


Akan ada hari di mana ibu bapa kita berpesan kepada kita agar ingat hari mati. Saya sisipkan talkin dalam lagu ini sebagai unsur eksperimen.

S: Ceritakan lagu yang ditujukan
kepada Noh Salleh, ‘It’s Time To
Cari Ganti’ dan kerjasama dengannya?


Space Walk: Inilah lagu paling pop dan sesuai dimainkan di radio dalam banyak lagu album akan datang ini. Ia adalah lagu yang saya harap menjadi teman kepada lelaki yang putus cinta dan mengharungi kepedihan dalam hidupnya.


Saya bukan bersikap seksis. Tapi sebagaimana Yuna bikin lagu yang menceritakan tentang lelaki tak guna dan ia membuat ramai wanita di luar sana gembira mendengarnya, saya kira ini versi buat lelaki.

Selepas siap lagu It’s Time To Cari Ganti, saya terus menghubungi Noh. Saya beritahunya tentang lagu ini dan beliau bersetuju untuk bekerjasama.


Asalnya, saya kenali Noh hanya sebagai peminat yang akan mengirim pesanan ke Instagram beliau. Saya tak sangka beliau menerima baik dan memberi respon positif. Kerendahan hatinya yang membuat saya selesa berbual dengannya.

Lagipun, setelah lebih setahun menduda, beliau bakal mendirikan rumah tangga hujung September ini. Saya gembira untuknya. Lagu ini memang sesuai untuk beliau dendangkan bersama. Patah tumbuh, hilang berganti.

S: Bagaimana Noh yang anda kenali?


Space Walk: Noh memang cukup merendah hati. Beliau mengubah takrifan saya tentang banyak perkara.


Beliau hebat sebagai artis, penjana karya seni dan seorang insan juga. Beliau buat saya selesa bagaikan kami sudah kenal lama. Tak perlu formal dengannya. ‘Chill’ dan senang diajak lepak.

Saya boleh ber’aku’ dan ‘engkau’ dengannya. Ingatkan banyak nak rancang kalau bawa Noh jalan-jalan tetapi rasanya beliau senang sahaja diajak berbincang dan santai-santai. Kami boleh duduk berjam berbual sambil makan. Kami tak bual banyak tentang muzik pun. Lebih pada kehidupan.

Saya terkejut apabila Noh kata, moga lagu ini akan buka pintu rezeki buat kami berdua. Beliau ucap terima kasih kepada saya. Saya terasa macam saya yang patut berterima kasih kepadanya sebab beliau nama lebih besar, bukannya saya yang masih baru ini.

S: Apakah lagu bermakna untuk anda?


Space Walk: Lagu Irama yang saya cipta buat dodoikan anak saya yang tak tidur-tidur. Saya mahu cipta lagu yang anak saya akan dengar apabila dia dewasa. Cabaran yang dihadapi dalam mencipta lagu Melayu adalah kebiasaannya kita berbual dalam bahasa Inggeris.


Tetapi saya bersyukur, saya membesar dengan lagu rok ‘otai’ seperti Wings dan Search. Saya juga dengar lagu P. Ramlee dan M. Nasir. Saya mempunyai asas dalam kesenian Melayu sebab saya pernah menari bersama Sriwana sejak usia enam tahun hingga 12 tahun.

Bagusnya apabila saya dengar lagu Inggeris, saya akan dapat pengaruh dan inspirasi positif daripada irama mereka yang saya adun dalam lagu saya.

Kosa kata saya dan pendengaran muzik saya meluas. Saya juga menyedari di sebalik saya mendengar lagu Inggeris dan dahulu menghasilkan lagu Inggeris, jiwa saya selesa dan jujur apabila menyanyikan lagu Melayu.

S: Namakan tiga lagu yang memberi kesan


Space Walk: Getaran Jiwa oleh P. Ramlee kerana lagu itu memberi kesan kegembiraan dalam diri saya. Ia tidak memberi kesan sedih. Ia adalah seni paling suci. Jangan tambah atau buang sesuatu daripada lagu ini. Ia akan mengacau-bilaukan keadaan.


Mr Polia oleh Noh Salleh sebab lagu itu unik dari segi irama dan ‘vibe’. Ia ibarat jejaka Melayu pakai sut dan ada ‘kelas’ dalam sekitaran mewah.


Akhir sekali, Akad oleh Payung Teduh. Ia menunjukkan sisi lain muzik Melayu dengan penerokaan unsur muzik dram, hon, saksofon dan dabal bes. Ia memberi ‘feel’ baru yang sangat organik dan merendah hati.


S: Pandangan jujur anda
tentang muzik Melayu kini?


Space Walk: Penting bagi kita menerapkan keselesaan untuk pendengar. Saya rasa bagaimana suka pun saya dengan muzik Inggeris, saya berasakan jiwa damai bersama lagu Melayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >