SPH Logo mobile
Langgan|

Band 'cili padi' pikat hati di alam digital

Band 'cili padi' pikat hati di alam digital

Dec 19, 2020 | 5:30 AM

Band 'cili padi' pikat hati di alam digital

JIWA SENI MEMBARA: District 22, yang terdiri daripada (dari kiri) Ilyas Ibrahim, Abdul Lathif M Hamim, Syurga Jeffrey dan Nurin Batrisya, bakal membuat persembahan digital di Facebook Live pada 3 petang ini. - Foto DISTRICT 22
JIWA SENI MEMBARA: District 22, yang terdiri daripada (dari kiri) Ilyas Ibrahim, Abdul Lathif M Hamim, Syurga Jeffrey dan Nurin Batrisya, bakal membuat persembahan digital di Facebook Live pada 3 petang ini. - Foto DISTRICT 22 -

MEREKA sekumpulan remaja yang menggelar diri mereka District 22.

Terdiri daripada vokalis Syurga Jeffrey, pemain bes Abdul Lathif M Hamim, gitaris elektrik Nurin Batrisya dan pemain dram Ilyas Ibrahim, mereka sudah bersedia menemui penonton buat julung-julung kalinya pada 3 petang ini di Facebook Live 'district22band'.

Turut membuat persembahan ialah Qurni Jeffrey.

Penggiat seni Asnida Daud akan tampil dalam sesi setengah jam ini bagi memperkenalkan band 'cili padi' ini.

Lagu-lagu yang disajikan mereka ialah yang pernah didendangkan Dua Lipa, Boy Pablo, Arctic Monkeys, Tracy Chapman dan The Beatles.

Apakah keistimewaan band yang asalnya dikenali sebagai Project NIL (sebagai mengambil huruf awal nama penggerak band ini, Nurin, Ilyas dan Lathif)?

Selepas menemui vokalis mereka, Syurga, nama band diubah menjadi District 22 sebagai gambaran daerah Jurong, tempat mereka jamming.

"Setiap anggota mempunyai keistimewaan tersendiri. Dengan paluan dram bertenaganya, Ilyas memastikan band ini mengikut rentak.

"Syurga serba boleh dengan suaranya sarat emosi dan tenaga meluap-luap bak api yang membaham.

"Lathif pula pemain bes hebat, manakala Nurin memetik gitarnya dengan penuh kemahiran di samping memiliki nyala rasa menghidupkan semangat sebuah band remaja," begitulah catatan dalam Facebook kumpulan ini.

Ikuti perkembangan mereka di YouTube 'district 22' dan Instagram 'district.twentytwo'.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg