Topik diikuti
Pergi ke BHkuBangsawan Gemala Malam persembah 'Shakespeare' dalam konteks Nusantara
Teater Ekamatra teroka genre bangsawan bagi Festival Seni Antarabangsa Singapura (Sifa)
May 14, 2022 | 5:30 AM
Bangsawan Gemala Malam persembah 'Shakespeare' dalam konteks Nusantara
SETELAH 18 tahun, Teater Ekamatra sekali lagi membawa naskah Shakespeare yang berjudul Midsummer's Night Dream ke pentas dengan pembaharuan yang segar dan menarik untuk Festival Seni Antarabangsa Singapura 2022 (Sifa).
Naskah yang baru ini telah ditranskripsi oleh penulis dan karyawan teater dari Malaysia, Ridhwan Saidi, melalui lima draf dan telah dipadan kepada konteks Nusantara dalam segi geografi, budaya dan sejarah.
