Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

MISI DUA ARTIS INDONESIA - ANDMESH KAMALENG

Bantu harumkan bakat muda kampung sendiri

Di luar bidang nyanyian, dua bintang Indonesia ini mempunyai misi dan visi tersendiri demi kesejahteraan masyarakat. Ikuti apa kata Cakra Khan dan Andmesh Kamaleng kepada BERITA HARIAN mengenai kepuasan yang dirasakan apabila cita-cita yang tersemat di hati berkenaan perjuangan sosial mereka menjadi kenyataan.
May 08, 2023 | 05:30 AM



MESKIPUN sudah mengecapi kejayaan dalam industri seni suara Indonesia, bintang asal Alor di Nusa Tenggara Timur, Jeandmesh Antonio Kamaleng, yang lebih mesra dengan panggilan Andmesh Kamaleng, tidak melupakan 'orang kampungnya'.



Malahan, apabila ditanya tentang projek terkininya sewaktu ditemui Berita Harian (BH) di Hotel Royal Plaza On Scotts, Andmesh, 26 tahun, mendedahkan beliau bakal bergelar penerbit pada sekumpulan bakat muda daripada kampungnya di Alor.



"Saya memang merancang album saya sendiri untuk diterbitkan pada Jun atau Julai ini. Tapi yang buat saya teruja adalah menjadi penerbit di mana saya akan hadirkan bakat-bakat dari kampung saya sendiri.



"Tiada salahnya untuk saya memberi kesempatan buat bakat-bakat kreatif yang gigih berkarya. Mereka perlukan pendedahan dan saya sedia membantu," katanya yang hadir di Singapura bagi Konsert Luar Biasa di The Star Theatre pada 29 April.



Konsert itu turut mengetengahkan rakan senegara, Cakra Khan, dan dua Idola Singapura, Taufik Batisah dan Hady Mirza.



Dipaparkan juga bakat anak muda dan siswi psikologi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Maya Raisha.



Menurut Andmesh yang merupakan juara peraduan realiti Rising Star Indonesia (Musim Kedua), menyanyi di luar Indonesia juga satu pencapaian luar biasa.



Beliau berterima kasih kepada penganjur Offshore Entertainment kerana memberikan ruang untuknya tampil menghiburkan peminat di Singapura.



Mengenai album barunya, Andmesh yang terkenal kerana lagu Cinta Luar Biasa dan Hanya Rindu berkata ia masih tidak banyak beza dengan kelebihannya menyanyikan lagu-lagu menyentuh kalbu, romantis dan kerapkali sedih.



"Tapi saya cuba teroka bunyian baru dengan lirik yang boleh diterima ramai," katanya.



Apakah beliau mempunyai nasihat buat bakat baru yang masih bertatih dalam industri seni?



Katanya: "Yang pasti, mereka harus bekerja keras. Di Indonesia, banyak karya yang dihasilkan dan muncul saban hari.



"Kita tidak boleh diam-diam bikin karya kerana susah untuk diketengahkan dan mendapat kedudukan yang baik dalam carta muzik. Jadi harus pasarkan karya kita sebaiknya. Biar ramai yang tahu.



"Yang paling penting, karya kita ada identiti tersendiri dan tidak meniru sesiapa. Dengan cara itu, kita dapat bertahan dan bersaing secara sihat. Belajar juga daripada pemuzik lain," katanya yang meminati bintang Indonesia seperti Judika dan Glenn Fredly.



"Saya sukakan sikap Judika yang selalu memberi saranan bagaimana saya ingin bertahan dalam industri seni yang berdaya saing sengit.



"Glenn pula sudah kembali kepada Tuhan. Saya hanya cuma mampu mengenang keseniannya lewat karya yang pernah dihasilkan.



"Ada beberapa lagunya yang menyentuh jiwa dan mencetus inspirasi," tambah Andmesh yang juga berharap dapat bekerjasama dengan penerbit dan penggubah lagu antarabangsa, David Foster, suatu hari nanti.



Dalam berseni, harus ada semangat percaya diri, kata Andmesh lagi, yang terus berjuang meskipun sudah kehilangan sumber dorongannya iaitu bapa, ibu dan kakak sulungnya yang meninggal dunia.



Bapanya, seorang pemain papan nada, 'pergi' pada 2014 kerana masalah kronik paru-paru. Ibunya pula menyusul lewat 2018 dengan masalah serupa yang diburukkan lagi dengan kemurungan dek pemergian bapanya.



Kakak sulungnya juga meninggal dunia pada awal 2018 setelah melahirkan anaknya yang kini berusia lima tahun.



"Saya sebenarnya terinspirasi daripada perjuangan bakat muda seperti Maya Raisha dari Singapura. Saya harap Maya dapat menghargai seni dengan sentiasa berlatih dan bekerjasama dengan orang lain.



"Kalau kita sentiasa bersendiri, kita tidak mampu pergi jauh. Kita perlukan bantuan orang lain juga," jelas Andmesh. - HARYANI ISMAIL




"Kita tidak boleh diam-diam bikin karya kerana susah untuk diketengahkan dan mendapat kedudukan yang baik dalam carta muzik. Jadi harus pasarkan karya kita sebaiknya. Biar ramai yang tahu.
Yang paling penting, karya kita ada identiti tersendiri dan tidak meniru sesiapa. Dengan cara itu, kita dapat bertahan dan bersaing secara sihat. Belajar juga daripada pemuzik lain.''
- Andmesh Kamaleng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >