Topik diikuti
Pergi ke BHkuBantu ibu bapa belajar 'tangkap ikan' agar jadi lebih berdikari
Bantu ibu bapa belajar 'tangkap ikan' agar jadi lebih berdikari
Bantu ibu bapa belajar 'tangkap ikan' agar jadi lebih berdikari
PROGRAM MENYELURUH BUAT BENEFISIARI: Peserta tekun mengikuti modul ikatan keluarga yang ditawarkan di bawah program ECF. Jamiyah berharap program ECF dan FEC yang ditawarkannya dapat membantu penerima bantuan mengubah kehidupan mereka dan keluarga mereka. - Foto JAMIYAH SINGAPURA -
Oct 7, 2018 | 5:30 AM
Pada 2016, Jamiyah Singapura menawarkan dua program pembangunan dan pemerkasaan buat ibu bapa dalam keluarga muda yang dikenali sebagai Memperkasa dan Menjaga Keluarga (ECF) dan Lingkaran Kecemerlangan Keluarga (FEC). Mereka yang mengikuti program itu dapat meraih pelbagai kemahiran baru selain mengikuti kegiatan menyeronokkan yang turut mengeratkan hubungan kekeluargaan. NUR DHUHA ESOOF (nurdhuha@sph.com.sg) melaporkan perkembangan program itu serta manfaatnya kepada peserta.
ADA pepatah Cina berbunyi, 'Beri manusia itu ikan, dia akan kenyang sehari. Ajar manusia itu memancing, dia akan kenyang selamanya'.