SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bapa bintang GV9, Dina Nadzir, meninggal dunia

Bapa bintang GV9, Dina Nadzir, meninggal dunia

Oct 24, 2022 | 2:53 AM

Bapa bintang GV9, Dina Nadzir, meninggal dunia

Foto INSTAGRAM DINA NADZIR
Foto INSTAGRAM DINA NADZIR -

KUALA LUMPUR: Bapa penyanyi Dina Nadzir iaitu Mohd Nadzir Gulam Kadir, 64 tahun, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru akibat masalah paru-paru, pada 8.10 pagi Ahad (23 Oktober)..

Pengurus Dina, Mickey Sharum ketika dihubungi Harian Metro berkata, Allahyarham yang turut menghidap barah tekak dikejarkan ke pusat perubatan itu Khamis lalu akibat masalah paru-paru.

"Ketika dirawat di situ, Dina sempat menziarahi bapanya yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Mereka sempat berbual dan bergurau kerana bapanya masih sedar.

"Kemudian Dina terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana perlu menghadiri sesi 'sound check' semalam untuk program minggu keenam Gegar Vaganza 9 (GV9) yang berlangsung malam ini, namun ketika sesi latihan saya mendapat perkhabaran bapanya sedang tenat.

"Ketika maklumkan kepadanya, Dina terduduk di pentas kerana dia baru saja selesai membuat 'sound check'.

"Kemudian saya membantunya membeli tiket penerbangan ke Johor Bahru dan syukur Dina sempat bertemu bapanya pada Sabtu walaupun bapanya terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan,"katanya.

Menurut Mickey, jenazah bapa Dina selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Impian Emas, Johor Bahru selepas Zuhur, pada Ahad..

Dalam Instastory beliau, Dina menulis:

"Moga Allah terima ibadah Abah. Moga Allah terima amalan Abah. Moga Allah tempatkan Abah bersama hamba-hamba yang disayangi-Nya.

"Moga Allah angkat doa kami untuk Abah. Moga Abah tenang di sana. Ana sayang Abah, Ana rindu sangat kat Abah."

Dina sepatutnya membuat persembahan lagu mendiang Glenn Fredly, Januari.

Kejutan diberi buat peminat GV9 apabila rakan pesaingnya, Shila Amzah, Jaclyn Victor dan Tom bergabung bagi menyanyikan lagu tersebut.

Dina bagaimanapun akan dilibatkan dalam konsert minggu ketujuh pada Ahad ini. Beliau dijadualkan menyanyikan lagu Labelle, Lady Marmalade.

Namun, tidak diketahui dalam kondisinya kini apakah Dina akan meneruskan perjuangannya dalam GV9.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg